Jumaat, 30 Oktober 2020


 AKIBAT SIJIL KHAWIN SELATAN THAILAND RAMAI JADI MANGSA 

Oleh. Huzera Ben 

Pattani. Ramai mangsa pendaftaran Sijil Nikah Palsu antara pasangan rakyat Malaysia atau rakyat Malaysia khawin warga Thailand akhirnya anak anak mereka tidak memiliki status kewarganegaraan hingga besar, ini memberi mesej besar kepada kumpulan menggunakan sijil nikah palsu di Selatan Thailand khususnya pemimpin kampung diseluruh negara Malaysia termasuk Sarawak Sabah dan Labuan dimana sebaik pasangan dari Malaysia berpisah anak anak bakal hilang tempat mengadu malah tidak tahu apa status mereka akan datang.

Ini dijelaskan beberapa warga Pattani, Yala dan Narathiwat yang menjadi runner menghubungkan pasangan terlanjur bagi mendaftar Sijil Nikah Palsu demi menyelamatkan mangsa dinikahkan oleh orang tengah namun sijil tetap palsu tidak didaftarkan tegas mereka.

Kumpulan runner ini juga mendakwa banyak yang terlanjur antara gadis dan jejska Malaysia berlainan negeri mendapat bantuan pernikahan dan Sijil Nikah Palsu demi menutup aib mereka didepan ibu bapa masing masing agar anak tidak digelar nak luar nikah sahaja terang kumpulan terlibat.

Sehubungan dengan pendedahan ini Penghulu, Tok Batin, Ketua Kampung di Malaysia harus bertindak meneliti semua ibu atau bapa yang membawa anak tanpa pasangan perlu disiasat sijil nikah dan sijil cerai bagi merungkai kisah benar Sijil Nikah Palsu berleluasa sampai hari imi  ujar mereka. 











Nota. Dilarang membuat ulasan catatan berita atau mengiklankan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan