Khamis, 29 Oktober 2020

 PENGUMPUL BUNGA HIDUP CEROBOH TANAH GERAN ORANG 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Pemilik tanah geran persendirian daerah Kots Kinabalu dan Tuaran meminta pihak berkuasa turun padang setiap perkampungan dalam daerah tersebut demi menyiasat pengumpul bunga hutan hidup sebagai jualan tanpa lesen berikutan berlaku pencerobohan tanah geran orang mencuri. Bunga Hutan Hidup.

Selain menceroboh tanah geran orang mencari bunga hutan hidup tanah pengumpulan bunga hidup hutan juga tanah geran milik individu yang dikongsikan geran pemilikan tanah syarikat perkampungan yang disyerkan sahaja.

Perbuatan individu terlibat bukan sahaja menceroboh, mencuri, mengganggu penduduk ditanah geran masing masing malah turut menutup jalan orang awam menuju ke kebun buah buahan masing masing sejak beberapa bulan lalu. 


Media Terkini dimaklumkan kes tersebut juga telah dilaporkan kepada jawatankuasa pengurusan kampung terlibat yang sedang dalam perbincangan tindakan apa yang harus dibuat mereka memandangkan penceroboh dipercayai telah memutuskan hubungan kekeluargaan sebaik bermusuh tanpa bertegur sapa dengan saudara mara lebih 3 tahun lalu akibat kejahatan golongan terlibat.

Sehubungan dengan pendedahan ini pihak berkuasa yang terlibat dengan pemeriksaan penjualan bunga hutan tanpa lesen diminta meninjau kampung dalam daerah terlibat agar penceroboh tanah orang dapat diambil tindakan akibat tidak berlesen dalam perniagaan seumpama ujar masyarakat sekitar Telipok Darat. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan sebarang iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan