Ahad, 25 Oktober 2020


 SUDAH SUDAH LAH POLITIKING NAK REBUT KUASA? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sebilangan golongan politiking dalam negara haruslah menghentikan minda mereka mahu membuat Usul Undi Tidak Percaya terhadap Tan Sri Muhayuddin Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia jika golongan pemimpin parti politik terlibat sayangkan nyawa rakyat jelata yang terkesan dengan Covid 19.

Seharusnya golongan pemimpin parti politik sama sama turun padang menemui segenap lapisan rakyat jelata bagi menghulur bantuan sebaik mereka menjadi Adun dan Ahli Parlimen selepas diundi rakyat dalam pilihan raya.

Luahan bekas anggota keselamatan tidak berpencen Steven Qaulus Dumrin berasal dari Limbang sebagai mengulas tindak tanduk sebilangan pemimpin politik masa kini yang tidak henti henti cakap usul undi tidak percaya Perdana Menteri namun tidak nampak mereka menghulur bantuan pada rakyat termiskin dalam negara tegas beliau.

Sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi harapan isu Undi Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri wajib diketepikan demi sama sama membantu seluruh rakyat jelata yang terkesan Covid 19 katanya. 





Nota. Tidak dibenarkan mencatat sebarang ulasan atau menumpang sebarang Iklan Perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan