Sabtu, 10 Oktober 2020

 DUA DUN GAGAL DIPERTAHAN  

Oleh. Jasly Dollah 

Kota Kinabalu. PBS dan UMNO gagal mempertahankan kerusi Dun N. 18 Inanam serta N.17 Darau dalam pilihan raya negeri Sabah baru baru ini walaupun pelbagai jentera disusun bagi memenangi kedua dua kerusi dun terlibat, N. 18 Inanam ditandingi Datuk William Mojinbun (PBS) manakala N. 17 Darau cuba dipertahan oleh Datuk Jumat Idris (UMNO) namun kedua dua calon tersebut tewas kepada Peto Galim (PKR) dan Datuk Azhar Matussin (WARISAN)  atas keputusan undian rakyat dikedua dua kawasan DUN terlibat walaupun ramai meramalkan PBS dan UMNO mampu menang dikawasan tersebut.

Sepanjang proses kempen prn Sabah baru baru ini kedua dua calon PBS serta UMNO di Dun Inanam dan Darau telah berkerja keras namun para pengundi jelas lebih memihak kepada PKR dan WARISAN apa tak lagi ramai orang asal Sabah dikampung kampung enggan keluar mengundi akibat takut penyakit Covid 19.

Menurut beberapa pemerhati politik yang dihubungi sudah tiba masa nya PBS dan UMNO merekrut ahli ahli baru yang berwibawa bagi menjadi pemimpin pelapis di Dun Inanam serta Dun Darau jika berhasrat mahu menawan semula kerusi tersebut dalam pilihan raya akan datang ujar mereka yang enggan disebut nama.





Nota. Dilarang membuat sebarang catatan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan