Ahad, 4 Oktober 2020



 ISU PERDANA MENTERI BAIK SERAH PADA RAKYAT  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu berpaling tadah sokongan MP kepada penukaran Perdana Menteri dalam situasi tidak menentu masa kini sebaiknya diserah kepada suara rakyat yang menentukan siapa layak menjadi Perdana Menteri selain dari Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin yang menerajui kepimpinan negara masa kini.

Tersebar masa kini Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim mendapat sokongan 121 MP termasuklah siaran nama melibatkan MP dari UMNO mengejutkan seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah bagaimana ia telah berlaku.

Apapun jelajah KRU MEDIA TERKINI mendapat maklumat masyarakat Sarawak dan Sabah masih bersandarkan kepada MP mereka berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia sehingga pilihan raya parlimen akan datang tanpa berpaling tadah tegas mereka.






Nota. Dilarang mencatat ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan