Kota Kinabalu. Pekerja pembersihan dan perbekalan yang bergaji rendah meminta kerajaan negeri Sabah memilih Bus Mini yang dipandu orang asli (asal) negeri ini untuk bergerak mengangkut pekerja pekerja pembersihan dan perbekalan supaya tidak menghalang kerjaya mereka setiap hari berdasarkan keperluan syarikat tempat mereka berkerja, ini diluahkan pekerja pembersihan sekitar Rugading Telipok dan seluruh Telipok Darat yang berkerja di Menggatal Inanam dan Kota Kinabalu berikutan Bus Mini Orang Asal Ssbah sekali pun khususnya Tamparuli Ke Kota Kinabalu yang 100 peratus dipandu orang asal Sabah dihalang bergerak dilaluan Berungis, Telipok, Menggatal, Inanam dan Likas sebagai kemudahan petugas PEMBERSIHAN DAN PERBEKALAN yang tidak mampu menyewa GRIB ATAU TEKSI dengan kos terlalu tinggi setiap hari memandangkan gaji kakitangan terlibat diparas terlalu rendah dalam negeri Sabah.
Menurut pekerja terlibat yang ditemui ketiadaan Bus Mini Tamparuli yang terbukti mematuhi peraturan tidak membawa penumpang melebihi 9 orang disamping menolak penumpang bukan pekerja pembersihan dan perbekalan telah menjejaskan kerjaya mereka beberapa hari ini berikutan terpaksa balik kerumah sebaik Bus Mini Tamparuli tidak kunjung sehingga tengahari setiap hari ujar mereka.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Baru Sabah memilih Bus Mini Tamparuli sebagai alternetif pengangkutan pekerja PEMBERSIHAN DAN PERBEKALAN dengan memaklumkan petugas CEK POINT TERTENTU agar tidak menjejaskan kerjaya golongan terlibat sehingga PKPB berakhir tegas masyarakat yang ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan