Oleh. Basron Kirwan
KABENIT SABAH ANGKAT SUMPAH HARI INI
Sabah. Kabenit kerajaan negeri Sabah telah mengangkat sumpah hari ini dihadapan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri yang didahului Yang DiPertua Dun Sabah Datuk Kadzim M. Yahya.
Datuk Yakubah Khan Adun Kerambunai dilantik Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah manakala Adun Tg. Keramat Shahelmy Yahya merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Bagi jawatan Menteri Belia Sukan Sabah diserah kepada Datuk Alfred Elron Angin manakala Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif memegang Menteri Tugas Tugas Khas Sabah.
Datuk Jefry Arifin Adun Sukau memegang Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah.
Dua pembantu meteri kepada Ketua Menteri diserah kepada Datuk Vetrom Bahanda dan Datuk Abidin Madingkir.
Bagi jawatan pembantu Menteri kewangan disandang Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan YB. Jasnih Dayah Adun Pantai Dalit.
Jawatan Pembantu Menteri Kewangan diserahkan kepada Datuk Limus Juri manakala Datuk Robert Tawik dilantik PPembantu Menteri Kerja Raya Ssbah.
Dua jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan dan Pertanian disandang oleh Datuk James Ratib dan YB. Hendrus Anding
Mohd. Tamrin Zanial Pembantu Menteri Pembangunan Imanakala sementara Datuk Isnin Aliasnih Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.
Pembantu Menteri Kewangan 11 Sabah diserah kepada Mohd. Hamsan Awang Supian manakala Datuk Ruddy Awah memegang jawatan Pembantu Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi.
YB. Andy Muhamad Suryady Bandy dilantik Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah.
Adalah menjadi harapan rakyat Sabah semua wakil rakyat yang telah memegang jawatan dalam kerajaan baharu negeri Sabah memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat dan negeri sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Nota. Dilarang memuatkan sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan