WARGA ASING KAKI GADUH SERAH PIHAK IMEGRESEN
Keningau. Isu warga asing kaki gaduh hendaklah diserahkan kepada jabatan Imegeresin manakala kumpulan yang baru memiliki taraf kerakyatan dalam negeri ini jika bersekongkol dengan warga asing kaki gaduh dengan orang asal Sabah hendaklah diambil tindakan undang undang yang setimpal dengan kesalahan nya.
Ini dijelaskan oleh beberapa pertubuhan orang asal Sabah yang menyaksikan kes pergaduhan sekitar pekan Keningau melibatkan warga asing dang penduduk orang asal Keningau beberapa hari lalu.
Sehubungan dengan pendedahan ini orang asal keningau hendaklah bersatu bagi meminta pihak berkuasa Keningau khususnya wakil rakyat bertindak mengusir bersama jabatan berkaitan mana mana warga asing kaki gaduh berulang manakala penduduk yang baru mendapat status kerakyatan Malaysia jika terlibat bersekongkol dengan orang asing kaki gaduh juga boleh dibatal kerakyatan mereka khususnya golongan yang berasal dari luar negara sebelum menjadi rakyat Malaysia ujar badan NGO yang ditemui
Oleh. Gifkir Aming
BENCANA BANJIR MUSNAHKAN JALAN RAYA
Telipok. Masyarakat KDM Telipok Darat menggesa kerajaan baru negeri Sabah Turun Padang melihat beberapa batang jalan raya yang musnah ditimbus banjir lumpur serta tanah bukit yang runtuh diatas jalan raya akibat hujan lebat hari isnin lalu, antara dilaporkan adalah jalan Logkou Baru Ke Kebayau Tamalang, Jalan Tamalang Quari Bawah serta beberapa jalan lain berhampiran yang sangat mendesak untuk diperbaiki pihak kerajaan baru negeri Sabah sebaik diberi mandat oleh seluruh rakyat Sabah dalam pilihan raya baru baru ini.
Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan