Isnin, 5 Oktober 2020


 PEMANTAU LEBUH RAYA DAN KKM DIPERLUKAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Pengguna pengangkutan Bus Mini menggesa Peronda Lebuh Raya dengan Insepktor Kesihatan melakukan rondaan sepanjang laluan Bus Mini berikutan perbuatan mereka melanggar SOP sebaik melepasi sekatan jalan pemeriksaan kawalan Covid 19, sebilangan pemandu Bus Mini akan memenuhkan bus mereka dengan penumpang dengan menipu penumpang kadar tambang tinggi dengan alasan SOP sedangkan dalam Bus Mini mereka bersesak sesak lebih 13 penumpang laluan Tuaran Telipok Ria sehingga ke Kota Kinabalu dimana akan bergaduh jika ditegur golongan penumpang.

Laporan dari penumpang yang mahu dikenali Mamai Kinabalu warga Tuaran yang menyaksikan perbuatan pemandu  Bus Mini kurang beradab golongan orang muda hari ini, semasa penumpang membayar tambang Bus Mini yang penuh sesak pemandu mendakwa dalam SOP semua tambang naik sedangkan dalam Bus Mini terbabit tengah penuh sesak tanpa penjarakan ujar beliau

Suhubungan dengan pendedahan ini kawalan ronda LEBUH RAYA BERSAMA KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN harus bertindak menyaman pemandu Bus Mini terlibat melanggar SOP sebaik melepasi kawalan sekatan jalan raya setiap hari Mamai Kinabalu menjelaskan.






Nota. Dilarang mencatat ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan