![]() |
Ying-Ru Lo |
Kuala Lumpur. Ramalan lonjakan Covid 19 dalam negara menurut kenyataan Ketua Misi dan Wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapore Ying-Ru Lo perlu difikir seluruh rakyat negara ini dengan mematuhi langkah kerajaan memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan diseluruh negara supaya rangkaian Covid 19 boleh diputuskan, corak dan langkah memutuskan penularan Covid 19 bukan sahaja terletak ditangan kerajaan malah perlu disertai seluruh penduduk negara ini termasuk Sarawak dan Sabah disamping menjarak hubungan antara satu sama lain terutama golongan pelancong dari luar negara dan setiap suspek berkaitan hubungan rapat peserta yang terlibat himpunan tabligh dalam dan luar negara.
Peringatan WHO berkenaan juga merupakan satu semangat seluruh rakyat dalam negara agar sama sama mematuhi lanjutan PKP sehingga 14 March 2020 kearah mencuba memutuskan rangkaian Covid 19 agar tidak terus menular bagi masyarakat yang masih sihat diluar hospital, jika rakyat seluruh negara mematuhi segala perintah larangan serta semua garis panduan yang disaran oleh kerajaan Malaysia sepanjang masa PKP dikuatkuasa kan adalah mustahil negara kita tidak berupaya memutuskan rangkaian penularan penyakit Covid 19 sehingga pertengagan bulan April ini jelas beberapa aktivis masyarakat yang ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan