Rabu, 15 April 2020

 PKP BANYAK KEBAIKAN BERMANAFAAT
Oleh. Jopis Anak Lagau
Menyingkap perlaksanaan PKP dan PKPD diseluruh negara jika diteliti lebih mendalam terlalu banyak kebaikan yang boleh dimanafaatkan seluruh rakyat jelata terutama menilai tanggongjawab wakil rakyat yang dipilih rakyat semasa proses pilihan raya, sebaik mereka (wakil rakyat)  memegang jawatan tersebut apakah usaha membantu segenap rakyat dikawasan tanggongjawab masing masing yang terkesan perintah kawalan pergerakan khususnya bantuan permakanan tentu sekali seluruh rakyat jelata menyimpan rekod wakil rakyat mereka masa kini.
Bagi pemimpin parti politik pula yang tengah mencari tempat meraih sokongan rakyat jelata tentu sekali ramai rakyat memerhati mereka masa kini apakah usaha mereka menghulur bantuan kepada rakyat jelata terutama masa PKP dan PKPD ini, seandainya mereka benar benar bergerak sebagai pemimpin ini lah masa mereka membuktikan tanggongjawab menghulur berupa bantuan permakanan yang kini sudah memasuki fasa ketiga hari ini namun masih ramai lagi rakyat luar bandar serta perumahan tercicir bantuan permakanan walaupun berkelayakan.
Ini didedahkan kan oleh Pak Lih Abu dalam wawancara Editor Media Terkini sebagai menjelaskan PKP dan PKPD yang dilaksanakan bagi mengekang penyakit Covid 19 dari terus merebak jika tidak dilaksanakan pengawalan pergerakan seluruh rakyat Malaysia didalam mahupun luar negara, justru adalah menjadi tanggongjawab bersama mematuhi arahan kerajaan berdiam dirumah sepanjang tempoh yang ditetapkan Demi menyelamatkan seluruh nyawa masyarakat kita apa tak lagi penyakit yang menyerang ini masih menakutkan dunia serba maju berbanding dinegara kita katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan