Khamis, 30 April 2020

KES COVID 19 NEGARA HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kepentingan kawalan kemasukan sama ada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara memasuki negara ini masih memerlukan kawalan ketat berikutan masih ada jangkitan dikalangan pihak yang memasuki negara ini, sebagai contoh hari ini daripada 57 orang kes baharu yang positif Covid 19 dalam negara 25 orang merupakan kalauster penularan import manakala sejumlah 32 orang adalah penularan jangkitan tempatan dan perlu sekali pengawalan ketat dikalangan semua pintu masuk negara.
2 kematian pesakit Covid 19 hari ini menhadikan jumlah kematian keseluruhan penyakit tersebut didalam negara yang direkodkan ialah 102 orang sehingga kehari ini, sementara jumlah kesembuhan pesakit Covid 19 hari ini berjumlah 84 orang ini menjadikan jumlah yang sembuh secara keseluruhan sehingga kehari ini berjumlah 4,171 orang semuanya.
Bagi jumlah keseluruhan positif Covid 19 yang direkodkan dalam negara hingga kehari ini berjumlah 6,002  manakala sebanyak 1,729 kes kebolehjangkitan Covid 19 telah diasingkan bagi mendapat rawatan.
Seramai 36 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat diunit kawalan rapi (ICU) manakala 14 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Perintah Kawalan Pergerakan perlu dipatuhi dan semya garis panduan sepanjang PKP haruslah dipatuhi bersama demi berusaha memutuskan pandemik Covid 19 secara bermaufakat mengawal pergerakan setiap masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan