Ahad, 12 April 2020

Susunan Norafzah Dollah
TULAR LAMAN SOSIAL
Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas berkaitan perbuatan orang mahu mensabotaj nama produk orang lain dalam pelbagai cara termasuklah watshap tanpa diketahui tujuan mereka yang sebenar, malah kumpulan gatal tangan ini juga terus menularkan gambar ini sesuka hati ikut emosi dan kemampuan mereka setiap hari seolah olah golongan terlibat tidak memiliki kerja lain sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.
Berdasarkan laporan dilampirkan ianya rokok penawar Covid 19 ditularkan hanya dengan menghisap rokok berjenama tersebut kerongkong mampu dicuci seolah olah serupa mencuci kain yang sangat mengelirukan.
Sehubungan dengan ini warga Malaysia dimana juga berada harus berhati hati dengan penularan apa sahaja didalam fb atau group watshap demi mengelak terpedaya dengan golongan penyebar maklumat tidak berasas apa tak lagi dalam situasi kerajaan berusaha menangani Covid 19 masa kini jelas beberapa warga perokok yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan