Selasa, 28 April 2020

WARGA SABAH SANTUNI EBIT LIEW
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur.
Masyarakat Sabah memuji dan menyantuni usaha Ustaz Ebit Liew yang sangat prihatin dengan pelbagai kesusa
han orang miskin walaupun berbeza bangsa namun mampu mengorbankan wang ringgit bagi memberi keselesaan setiap orang miskin yang duduk dipondok usang akibat tidak mampu memperbaiki kediaman masyarakat fakir tentu sekali menyanyat hati, pun dari kejauhan warga Sabah mampu memerhati kerja amal Ustaz Ebit Liew yang telus sungguh menyentuh hati masyarakat orang kampung yang disifatkan terlalu sukar mencari golongan yang benar benar prihatin kearah menghulur bantuan tanpa sebarang jawatan salaam kerajaan mahupun agensi kerajaan namun beliau mampu merealisasikan program bantuan kemanusiaan bagi golongan orang miskin.
Suara dari aktivis masyarakat Dun Melalap En. Gosibin Yosundang melihat usaha yang dijayakan oleh Ustaz Ebit Liew demi meringankan bebanan golongan rakyat termiskin dimana terlalu sukar mencari orang perseorangan seperti usaha beliau tegasnya.
Gosibin Yosundang mencadangkan agar Ustaz Ebit Liew menyeberang ke Sabah melihat sendiri bagaimana orang kampung yang tinggal jauh dari bandar dan pekan supaya mampu membezakan jumlah kemiskinan di Semananjung Malaysia berbanding dengan Sabah katanya.
Bagi Aktivis Masyarakat Bundu Tuhan Kundasang Donius Bulangou amat terbaik usaha Ustaz Ebit Liew walaupun bukan orang parti politik namun mampu memberi keupayaan menghulur bantuan pada orang miskin berbanding dengan segelintir orang parti politik yang timbul masa menjelang pilihan raya namun sebaik selesai pilihan raya hilang batang hidung mereka dari menjenguk rakyat golongan orang miskin katanya.
Kedua dua aktivis masyarakat tersebut percaya Ustaz Ebit Liew mengetahui Sabah juga mempunyai rakyat termiskin yang ramai namun yakin satu masa beliau akan berkunjung ke Sabah juga jelas mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan