WARGA MISKIN MAKAN UBI TERCICIR BANTUAN
Oleh. Williem Anak Lagau
Tamparuli. Warga miskin dibeberapa kampung mukim Tamparuli terpaksa selang seli menu makanan harian mereka antara Beras, Ubi Kayu atau Mee Megge tiap hari bagi menjimatkan perbelanjaan permakanan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) apa tak lagi jika ianya dilanjutkan semula selepas 14 April 2020 akan datang, kes seumpama bakal merumitkan lagi warga penduduk kampung sekitar mukim Tamparuli dalam Parlimen Tuaran sudah jelas akan ada menghadapi kekurangan bekalan makanan setiap hari sejak 18 March 2020 tanpa mendapat bantuan makanan dari pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan jelas warga mukim Tamparuli hari ini.
Kru Media Terkini dihubungi beberapa warga Orang Asal Tamparuli bahawa dalam satu kampung yang memiliki lebih 250 buah rumah hanya 25 buah sahaja dibagi bantuan makanan DALAM PKP masa kini, bagi yang selebihnya hanya berputih mata sahaja entah dari mana hilang kelayakan kami memperolehi bantuan makanan yang diperuntuk kerajaan kepada setiap rakyat yang terlibat dengan perintah kawalan pergerakan jelas penduduk beberapa kampung di Tamparuli penuh kesal.
Dengan keadaan mereka yang tertekan dengan kepayahan mendapat makanan adalah diharapkan agar ada pihak yang turun padang merungkai masaalah mereka disekitar perkampungan Penduduk Kg. Kionsom Tamparuli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan