Khamis, 9 April 2020

PENGGANAS TERKORBAN DIPAPUA
Oleh. Helary Sukiono
Papua. Polis dan Tentera Nasional Indonesia berjaya menggempur sebuah kem pengganas KKB ditepi hutan Kg. Jayanti Distrik Kwaka Jalan Trans Wabire Kabupaten Mimika Bunyitem dekat sini semasa operasi memburu saki baki pengikut KKB diseluruh kawasan terlibat, Polis dan TNI juga berjaya menembak mati dua orang pengganas semasa serang balas dengan pengganas  dianggarkan lebih 6 orang yang menyerang Polis dan TNI terlebih dahulu semasa cuba menghampiri kem berkenaan menyebabkan Polis dan TNI membalas serangan bagi mempertahankan diri dari ancaman musuh.
Selang beberapa lama berbalas serangan tembakan musuh tiba tiba senyap tanpa serangan dari dalam kem rumah kayu berkenaan menyebabkan Polis dan TNI melakukan pembersihan keliling sebelum menyerbu melakukan pemeriksaan didalam kem tersebut.
Menurut Polis dan TNI dalam pemeriksaan Kem Kayu tersebut dua KKB terbunuh dan dua orang yang berstatus orang kampung bersembunyi dalam kem ketakutan telah ditahan manakala sekurang kurang 4 orang telah melarikan diri kedalam hutan selepas gagal menentang serangan pihak Polis dan TNI sepanjang pertempuran jelasnya.
Berdasarkan pemeriksaan Polis dan TNI 4 Laras senjata dan 162 butir peluru ditemui berserta pelbagai peralatan lain berupa senapang angin, parang, alat pemotong senjata api, Bucu Penembak dan Peluru Anak Panah Peralatan Gun Merk persenjataan,  telipon bimbit,  serta pelbagai kepentingan mempertahankan diri dalam serang hendap pasukan Polis dan TNI ujar jurucakap Polis setempat.
Polis dan TNI mengesahkan kumpulan KKB adalah serpihan dari pengganas pelampau kefahaman pengganas berunsur kefahaman agama berbeza beza jelas polis pada media setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan