Isnin, 20 April 2020

 DUN PAKAN PERLU BANK DAN MESEN ATM
Oleh. Jasly Dollah
Pakan. Masyarakat kerusi Dewan Undangan Negeri Pakan merayu agar Bank Negara Malaysia meluluskan pembinaan Bank serta mesen ATM setempat yang beberapa kali disuarakan oleh ADUN setempat Tan Sri William Mawan Ikom sejak beberapa tahun dahulu demi kepentingan penduduk asli Pakan, bayangkan lah dalam situasi masa kini PKP dikuatkuasakan bagaimana warga pakan mengambil wang tanpa mesen ATM berdekatan perkampungan Warga DUN Pakan pasti hilang daya mencari
sumber kewangan bagi membeli keperluan makanan harian dengan harapan luahan hati penduduk bersama wakil rakyat dipercepatkan oleh Bank Negara Malaysia ujar mereka.
Sehingga kini Dewan Undangan Negeri Pakan belum ada Bank mahupun Mesen ATM bagi kemudahan penduduk setempat menyimpan mahupun mengeluarkan wang simpanan mereka dalam keperluan mendesak seperti dalam perlaksanaan PKP jelas orang Pakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan