Isnin, 13 April 2020

ISU COVID 19 TELIPOK DARAT JANGAN PANIK
Oleh. Bujie Tuekarang
Masyarakat orang asal tidak perlu panik dengan kes dilaporkan positif Covid 19 di Timbok malah ketua kampung dan mpkk boleh merujuk pejabat Kesihatan bagi mengenal pasti adakah rakyat mereka atau pekerja asing dikawasan terlibat,  banyak klauster boleh diandaikan memandangkan laluan jalan Timbok mempunyai kilang, kandang penetasan telur ayam, kandang penternakan ayam, kandang penternakan babi dan kilang Quari dan jika disahkan ditempat terlibat sila mohon semburan vaksin nyahkan Covid 19.
Pendedahan seorang bekas Tentera DiRaha Malaysia yang mahu dikenali Encek Jack sebagai meredahkan kerisauan warga Telipok Darat memandangkan lalun jalan mereka adalah melintasi jalan raya Timbok, jika tidak ada orang anak negeri yang terjangkit Covid 19 besar kemungkinan mereka yang dilapor positif adalah pekerja warganegara asing yang berkerja dibeberapa kilang sepanjang jalan menuju ke Kg. Timbok dimana amat memerlukan semburan nyah virus Covid 19 bagi memastikan ianya tidak merebak terhadap masyarakat sekeliling apa tak lagi kawasan tanah pertanian sekeliling perkilangan dan penternakan jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan