PERUSAHAAN LADANG PADI DAN NELAYAN DIBENARKAN
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob mengumumkan perusahaan penanaman dan penuaian dan penghantaran padi dibenarkan sepanjang tempoh PKP bagi seluruh negara bagi memenuhi keperluan semasa, selain dari itu penangkapan ikan golongan nelayan berdaftar juga dibenarkan melibatkan penjualan dan penghantaran juga dibenarkan bagi memenuhi keperluan orang ramai yang duduk dirumah sepanjang perintah kawalan pergerakan tanpa disekat oleh pihak kawalan keselamatan dijalanan tegas beliau.
Perkara ini didedahkan berikutan terdapat laporan di Sabah pengusaha padi kecil kecilan yang mahu keladang mereka dikawasan Kadamaian (tapak padi masak tanah sendiri) dihalang petugas kawalan jalan raya menuju Kota Belud dari Kota Kinabalu selepas melawat anaknya beberapa hari lalu.
Sehubungan dengan itu adalah diharapkan kedua dua pihak pengusaha padi di Kawasan Kadamaian Kota Belud dan Petugas Kawalan jalan raya sepanjang laluan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud bertolak ansur bagi mengelak kerugian padi dibendang yang sudah masak dan menanti dituai, padi yang sudah masak tidak boleh dibiarkan memandangkan pelbagai jenis haiwan seperti burung dan tikus sentiasa menanti peluang bagi menyerang tanaman tersebut jika dibiarkan pemilik berhari hari namun pengusaha ladang padi juga perlu menunjuk ciri ciri pencegahan diri bagi mengelak jangkitan Covid 19 demi memastikan keyakinan bersama kedua dua pihak dan mencari jalan penyelasaian menang menang agar tidak menjadi ikutan pihak yang tidak berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan