Selasa, 21 April 2020

COVID 19  HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kes pesakit terbaru yang dilaporkan berjumlah 57 menjadikan kes Covid 19 keseluruhan 5,482.
Kes kematian hari ini seramai 3 orang menjadikan rekod kematian keseluruhan 92 orang diseluruh negara.
Bagi kes pulih dan dicaj hari ini seramai 54 kes menjadikan keseluruhan dicaj setakat ini ialah 3,349 orang.
Pesakit Covid 19 aktif kebolehjangkitan berjumlah 2,041 orang dimana 18 kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara manakala 39 kes penularan tempatan hari ini.
Setakat hari ini 43 kes masih dirawat diunit kawalan rapi (ICU) manakala 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam konteks Covid 19 satu harapan adalah memastikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama mematuhi duduh dirumah tidak melibatkan barisan yang ditugaskan pada barisan hadapan oleh kerajaan dinegara ini.
Satu perkara yang menyedihkan masyarakat hari ini ialah langsung tidak ada hormat bagi barisan petugas hadapan tidak terbayang jika mereka yang sedang bertugas Dan barisan hadapan pula melawan mereka adakah mereka tidak terasa ditempat mereka berkerja setiap hari.
Sama sama kita perbaiki akhlak diri dan santuni kehormatan, kemuliaan, ketertiban dengan saling menghormati diantara satu sama lain sebagai warganegara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan