Sabtu, 18 April 2020

LANGGAR PKP INANAM ADAKAH KEBAL
Oleh. Jasly Dollah
Inanam. Dalam tempoh PKP fasa ketiga pengagihan sayor KUBIS terbuka dipekan Inanam yang menghimpunkan ratusan warga pelbagai kaum terus menjadi pertikaian adakah mereka penganjur kebal dari aktha perundangan PKP, jika rakyat keluar pergi ambil wang dibank penguatkuasa bertugas dijalanan mengarah balik kerumah walau seorang dalam kenderaan namun pengagihan SAYOR KUBIS di Inanam ratusan orang berbaris bersesak rapat hingga kini terus sepi tampa tindakan pihak berkuasa.
Antara luahan warga anak negeri yang terus duduk rumah mengikut perintah PKP namun Ada pula pemimpin dan pegawai kerajaan negeri Sabah bebas menghimpunkan orang  ramai menunggu agihan Sayor Kubis, dalam program seumpama siapakah yang bertanggongjawab jika berlaku penularan Covid 19 diseluruh Dewan Undangan Negeri Inanam yang tidak terduga apa tak lagi tidak ada langsung pemeriksaan kesihatan sebelum berbaris menunggu sebiji atau dua Niki Kubis  lebih kurang dalam masa dua jam jelas orang ramai yang menyaksi pengagihan tersebut.
Media Terkini difahamkan seluruh ruang akbar di Sabah dan Malaysia amnya telah berulangkali memaparkan kejadian tersebut namun masih sepi tanpa ulasan pihak KKM mahupun pihak berkuasa dalam negeri Sabah.
Rakyat orang asal Sabah berharap perlanggaran PKP tersebut tidak dilepaskan oleh kerajaan Malaysia walaupun ianya diketuai oleh pemimpin kabenit kerajaan Sabah ujar rakyat yang melihat himpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan