Khamis, 9 April 2020

COVID 19 LUMPUHKAN PENGANGKUTAN
Oleh. Basron Kirwan
Jakarta. Hampir lumpuh semua mobil pengangkutan awam dikota ini sejak merebaknya Covid 19 diseluruh dunia apabila kerajaan mengistihar kawalan pergerakan demi mencegah penularan wabak tersebut, bayangkan mobil pengangkutan awam dikota ini hanya bisa bergerak kurang 10 persen malah kadangkala langsung tidak ada penumpang sama sekali akibat ketakutan jangkitan Covid 19 yang dilaporkan sangat pantas merebak jika tidak kawal pergerakan apa tak lagi dikota yang memiliki penduduk yang padat sudah pasti warga amat ketakutan keluar dari rumah masing masing melainkan warga punya mobil sendiri.
Selain dari mobil pengangkutan awam urusniaga juga susut setiap hari berikutan tidak ramai orang keluar membeli belah dimana ada agent yang menghantar bekalan keperluan sampai kepintu rumah, ini juga menyebabkan ada peniaga menutup kedai mereka lebih awal berbanding sebelum serangan Covid 19 rata rata peniaga sampai kemalam menjalankan urusniaga kedai mereka dengan dipenuhi pelanggan tiap hari.
Ini lah kejadian penuh mencabar namun bagi warga kota yang beragama Islam berserah kepada kekuasaan Allah swt agar dilindungi dari serangan penyakit tersebut walaupun kehilangan kewangan namun yang jelas selamat seisi keluarga tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan