Isnin, 27 April 2020

COVID 19 BERTAMBAH KESEMBUHAN
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Saban hari memperlihatkan jumlah kesembuhan penyakit Covid 19 dimana pada hari ini seramai 95 orang telah sembuh dan dicaj dari hospital menjadikan kesembuhan penuh hingga kini berjumlah 3,957 orang semuanya.
Kematian pesakit Covid 19 hari ini dilaporkan bertambah seorang menjadikan kematian keseluruhan berjumlah 99 orang semuanya hingga kehari ini.
Bagi  kes terbaru pesakit Covid 19 seramai 40 orang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 5,820 orang.
Seramai 37 orang sedang dirawat diunit kawalan rapi (ICU) manakala 17 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kehari ini  jumlah kes aktif kebolehjangkitan Covid 19  ialah 1,764 orang dan mereka telah diasingkan untuk mendapat rawatan dihospital.
Bersama sama mematuhi perintah kawalan pergerakan kearah usaha memutuskan rangkaian penularan Covid 19 diseluruh Negara dalam jangkamasa panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan