Ahad, 26 April 2020

Berita Ringkas
 STATUS PESAKIT COVID 19 DINAFIKAN WARGA KG. TIMBOK TELIPOK
Oleh. Gason Dumiri
Kota Kinabalu. Masyarakat anak negeri Sabah meminta pengarah
perubatan dan kesihatan Sabah Datuk Christina Rundi member rekod alamat pesakit Covid 19 secara tepat berikutan rekod Kg. Tombok Telipok sedangkan penduduk Dusun dan Sino Dusun di Kampung tersebut tidak ada yang mengidap penyakit tersebut sejak awal March 2020, malah berdasarkan gambar yang tersebar dalam laman sesawang masa kini yang dikawal unit perubatan bersama Ambulan dengan kawalan ketat keluar masuk pasukan Polis merupakan kawasan Penempatan Pelarian Telipok yang diwujudkan sejak tahun 1970 an dahulu jelas penduduk Kg. Timbok yang memperbetulkan fakta melalui kru media terkini borneo hari ini.
Berdasarkan sumber maklumat orang asli mukim Telipok dipercayai pesakit terlibat menggunakan alamat Kg. Timbok walaupun mereka tinggal dirumah sekitar Penempatan Pelarian Telipok agar kawasan mereka terlindung dari rekod penyakit Covid 19 yang menjadi tatapan antarabangsa mahupun finished amnya namun penduduk Kg. Timbok Boronuon Telipok menafikan sekeras kerasnya KES COVID 19 dikampung mereka  sehingga berita ini ditulis agar kerajaan Malaysia tahu fakta sebenar termasuklah dipersada Pertubuhan Kesihatan Sedunia jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan