Khamis, 16 April 2020

HARAPAN WARGA COVID 19 PUPUS
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Majoriti warga hari ini mengharapkan Covid 19 nyah dari negara ini berikutan rekod kematian hanya dilaporkan seorang sahaja hari ini menjadikan seluruh kes  kematian Covid 19 berjumlah 84 orang.
Kebanggaan masyarakat dinegara ini adalah keupayaan perubatan kita mampu menyembuhkan 119 kes dan dicaj hari ini menjadikan keseluruhan yang sembuh berjumlah 2,766 orang walaupun kes baru  mencecah 110 dengan jumlah kes Covid 19 hingga kini ialah 5,182 orang.
Bagi jumlah kes aktif  kebolehjangkitan 2,332 orang yang telah diasingkan dan diusahakan melakukan rawatan sebaik baiknya.
Sehingga kehari ini 56 kes sedang dirawat di ICU dengan 29 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Dengan pendedahan ini diharap semua rakyat dalam negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi memutuskan rangkaian penyakit Covid 19 diseluruh negara seperti harapan pihak Kementerian Kesihatan amnya Kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan