Jumaat, 24 April 2020

COVID 19 HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Berdasarkan laporan penyakit Covid 19 yang masih ada kes terbaru dan kematian masih terus berlaku adalah baik mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan sebagai memutuskan rangkaian penyakit tersebut, bayangkan hari ini satu lagi kematian pesakit Covid 19 berusia 61 tahun warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan keep Indonesia dan memiliki beberapa jenis penyakit lain sudah pasti merisaukan masyarakat sejagat yang merekodkan jumlah kematian Dari Covid 19 hingga kini berjumlah 96 orang.
Sejumlah 88 kes Vivid 19 baru direkodkan hari in menjadikan keseluruhan pesakit tersebut berjumlah 5,691 orang.
Bagi kes yang sembuh hari initial dan dicaj dari hospital berjumlah 121 orang menjadikan keseluruhan yang sudah sembuh sehingga kini ialah 3,663 orang.
Sementara kes Covid 19 dalam rekod masa kini selepas ditolak yang sembuh dan meninggal dunia yang kes kebolehjangkitan dirawat Dan diasingkan dihospital berjumlah 1,932 orang.
Seramai 41 orang pesakit Covid 19 yang masih dirawat diunit kawalan rapi (ICU) manakala 18 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebagai menyayangi nyawa seluruh warga kita didalam negara mari lah sama sama mematuhi perintah kawalan pergerakan sehingga tarikh yang diumumkan oleh kerajaan kita bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan