Rabu, 15 April 2020

BANTUAN MAKANAN PKP TIDAK SELARI 
Oleh. Helary
Sukiono
Sabah. Sumbangan bantuan makanan semasa perintah kawalan pergerakan dalam  negeri ini  menjadi tanda tanya berikutan tidak selari bentuk agihan sejak fasa pertama lagi agihan nya, selain dari  itu ada juga yang sudah 3 kali terima dan ada yang baru sekali malah ada juga yang langsung belum menerima menurut laporan rakyat dipelusuk negeri ini.
Demikian ulasan Gosibin Yosundang (gambar atas) dalam temubual media terkini sebagai memperolehi maklumat agihan bantuan makanan dilapor banyak keciciran dibeberapa kawasaan perkampungan dinegeri ini, malah ada yang terima sekali dan tidak kurang juga yang sudah terima 3 kali sumbangan makanan dihantar kerumah orang kampung menyebabkan ramai rakyat terus  mendiamkan diri  tanpa bertindak bersuara demi memelihara perpaduan rakyat jelata Tampa bermasam muka ujar beliau.
Bagi Juanis Tulah (gambar bawah) menjelaskan beliau mandapat maklumat bahawa banyak juga memperolehi bantuan makanan genap 3 kali dibeberapa kawasan dalam negeri Sabah, walaupun ada  cerita yang sesetengah rakyat belum menerima bantuan makanan terlibat namun sukar menerima sepenuhnya memandangkan setiap kampung memiliki pemimpin KK, MPKK dan Ada juga Pejabat UPPM untuk mengurus semua masaalah masyarakat setempat katanya.
Dalam konteks ini semua pihak perlu  bersatu menyempurnakan agihan bantuan makanan sepanjang PKP dan PKPD dikuatkuasakan demi kesinambungan kehidupan setiap keluarga terjejas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan