Selasa, 14 April 2020

SARAWAK KOMITED TANGANI COVID 19
Oleh. Williem Anak Lagau
Kuching. Kerajaan negeri komited menangani penyakit Covid 19 demi berusaha memutuskan rangkaian penyakit tersebut sebaik menubuhkan empat badan yang dipertanggongjawabkan mengkaji pelbagai aspek Covid 19 disamping menyediakan laporan, cadangan dan tindakan kepada kerajaan negeri agar mampu ditangani wabak tersebut dengan lebih berkesan.
Demikian satu kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mengumumkan pelan empat badan bagi membantu kerajaan negeri merangka kajian, cadangan dan tindakan kearah membasmi rangkaian Covid 19 secara berterusan tanpa ada hentinya selagi wabak tersebut masih wujud dimerata tempat.
Rakyat bumi kenyalang amat bertuah dengan daya usaha kerajaan negeri mendepani Covid 19 yang jelas menggerunkan dunia termasuklah Amerika Syarikat, Itali, Jerman dan beberapa lagi negara yang sangat tinggi penularan Covid 19 adalah menjadi harapan seluruh rakyat negeri ini sama sama membantu kerajaan bagi mematuhi PKP dan PKPD dari masa kesemasa demi memutuskan rangkaian penyakit tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan