Ahad, 12 April 2020

Kes Kematian Covid 19 Hari Ini
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur.
Berdasarkan Laporan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia hari ini 3 orang lagi rakyat Malaysia dua lelaki masing masing dari Seramban Lelaki berusia 54 tahun dan Perak Lelaki berusia 90 tahun manakala seorang wanita berusia 42 tahun merupakan di Sarawak.
Bagi kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini 153 orang menjadikan kes keseluruhan Covid 19 hingga kini 4,683 orang.
Kes pulih dan dicaj hari ini ialah 113 orang dan keseluruhan yang sembuh hingga kini ialah 2,108 orang.
Bagi jumlah pesakit Covid 19 yang masih dirawat dalam ICU berjumlah 66 kes manakala 30 orang memerlukan bantuan pernafasan hari ini.
Berdasarkan kes penyakit Covid 19 hari ini beberapa sekolah tahfiz sudah diperiksa oleh petugas para pegawai perubatan dan kesihatan ada kes positif Covid 19 dan telah pun dimasuk ke Hospital sebagai tindakan bagi mengekang penularan penyakit tersebut sehingga kini.
Adalah menjadi harapan kerajaan agar sama sama melaksanakan PKP tanpa melanggar atau ingkar perintah demi memelihara kesihatan diri, keluarga mahupun masyarakat sekeliling sepanjang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan