Ahad, 12 April 2020

ALANGKAH BAIK AJIS DIULU TIPOH?
Oleh. Williem Anak Lagau
Melalap. Keprihatinan Tuan Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian Inanam murah hati menderma makanan kepada warga Kg. Minintod dicemburui warga Ulu Tipoh walaupun jauh dan tidak bertemu muka namun dari usaha beliau menolong rakyat menarik perhatian dan dicemburui beberapa penduduk setempat, "Alangkah beruntung rakyat mendapat penderma serupa Ajis Dyonisius Lobinson mampu menyelami hati nurani orang susah nasib beliau bukan tinggal di Ulu Tipoh", luah penduduk yang melihat usaha pemimpin prihatin dalam situasi berkurung PKP ini.
Antara paparan Gosibin Yosundang yang baru sekali mendapat 10 kilogram Beras serta beberapa mee, Sardin gula kopi sebagai bantuan Semasa PKP dikawasan Ulu Tipoh sejak 18 March hingga kehari ini tanpa susulan berikut berbanding tempat lain yang sudah berulang beberapa kali, Gosibin merupakan penduduk asli di Ulu Tipoh namun terlalu jauh tercicir dalam agehan bantuan permakanan sedangkan berita menyiarkan ada peruntukan MKN bagi menghulur bantuan makanan kepada setiap terlibat perintah kawalan pergerakan tegas beliau.
Gosibin Yosundang (Gambar Atas Sekali)  yakin semua bantuan kerajaan pusat dihantar untuk rakyat Sabah adil dan saksama namun ada kemungkinan yang tercicir ditengah jalan hingga tidak sampai ke destinasi yang dituju namun terserah pada kerjajaan menjalankan kajian terhadap keteresan pengagihan bantuan rakyat yang menanti dan menanti tanpa hentinya ujar beliau.
Syabas Ajis Dyonisius (Gambar Agih Bantuan) diatas daya usaha menderma makanan orang terkena perintah kawalan pergerakan semoga menjadi teladan semua pihak sepanjang masa jelas Gosibin Yosundang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan