Khamis, 23 April 2020

Kes Covid 19 Hari Ini
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Dalam menjelang umat Islam menunaikan ibadah Puasa dua lagi kes kematian serangan Covid 19 menjadikan kematian keseluruhan berjumlah 95 orang dengan kes terbaru melibatkan warga negara Malaysia.
Satu yang membanggakan kita rakyat Malaysia ialah seramai 90 kes kesembuhan dan dicaj dari hospital hari ini menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya berjumlah 3,542 orang sehingga kehari ini diseluruh negara.
Bagi kes terbaru hari ini berjumlah 71 orang menjadikan Jesus Covid 19 dalam negara ialah 5,603 orang.
Sehingga hari ini jumlah kes aktif kebolehjangkitan yang dilaporkan berjumlah 1,966 orang.
Bagi pesakit Covid 19 yang dirawat diunit kawalan rapi (ICU) seramai 42 orang manakala 21 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah menjadi harapan seluruh warga Malaysia sama sama mematuhi perintah kawalan pergerakan demi mengelak penularan jangkitan penyakit Covid 19 yang menyerang seluruh dunia masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan