Ahad, 12 April 2020

BANTUAN MAKANAN RAKYAT MENGELUH
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Bantuan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaporkan gagal sampai kepada setiap rakyat yang sangat memerlukan sejak dari 24 March 2020 sehingga lah kehari ini, selain dari itu ada juga agihan hanya berulangkali sekumpulan yang telah ditetapkan sejak dari awal pengagihan tanpa diberi kepada keluarga lain walaupun sekampung dengan penerima awal bantuan makanan terjejas penyakit Covid 19 dinegeri tersebut.
Pendedahan En. Rusli Abdullah dari Kg. Kionsom Baru Kiulu dalam satu kenyataan kepada Media Terkini bagi mengulas agihan bantuan makanan sejak bermula PKP Sabah 18 March lalu, sangat aneh apabila bantuan makanan dua tiga kali diberi oleh golongan pemimpin parti politik dan badan NGO dikalangan orang yang sama tanpa diberi masyarakat lain dalam kampung yang sama sedangkan ramai lagi orang susah jika agihan merangkumi setiap orang berpendapatan rendah peringkat kampung tegas beliau.
Bagi John Siogo dikawasan Kelombong agihan bantuan makanan sepatutnya bukan sahaja untuk orang orang dikampung malah orang yang menyewa diperumahan sekitar pekan juga perlu makanan dalam masa PKP memandangkan semua terjejas berkurung dalam rumah mengapa pula ada yang tercicir memperolehi bantuan makanan sehingga lah 28 April 2020 tegas beliau.
Sehubungan dengan pendedahan kedua dua warga orang asli Sabah ini adalah perlu kerajaan negeri dan kerajaan pusat memperluaskan agihan vantuan makanan untuk rakyat, jika MPKK, PENGURUSI JKDB, KAPITAN CINA tidak mampu mencari warga susah dalam kelompok jagaan mereka kerajaan boleh mendapat khidmat dari ahli ahli bekas Tentera mahupun ahli ahli Bekas Polis disetiap daerah agar tidak lagi berlaku keciciran dalam pengagihan makanan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan