Khamis, 16 April 2020

PKP FASA KETIGA BERJALAN
Oleh. Helary Sukiono
Sabah. Sudah lebih sebulan PKP dan PKPD berjalan dalam negeri ini bagi mengekang penularan Covid 19 dengan sokongan lebih sembilan puluh lima peratus masyarakat berbilang kaum demi membantu memutuskan rangkaian penyakit tersebut walaupun sukar namun terus dipatuhi, sebaliknya dalam berdiam dalam rumah sebilangan rakyat dalam negeri ini mengutarakan pandangan dimana perginya bantuan makanan yang dicanang sebagai meringankan bebanan orang asal anak negeri masih ramai orang kampung gagal memperolehi bagai tercicir nama nama mereka walaupun ada yang mencatat nama nama penduduk setiap kampung.
Hussen Sumirah berkata demikian dalam menghubungi Media Terkini di Melalap bagi mendedahkan kegagalan memperolehi bantuan makanan sejak dari PKP FASA PERTAMA lagi, kini PKP dan PKPD fasa ketiga sudah berjalan namun makanan yang diharap sampai kerumah tidak juga kunjung tiba entah kemana bantuan makanan RM100.00 pergi bagaikan sebilangan pemimpin kerajaan negeri terlepas pandang rakyat asking dalam negeri ini tegas beliau.
Sementara itu bagi kawasan Kiulu Husli George melaporkan ramai orang penduduk setempat tidak mendapat agihan bantuan makanan walaupun hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang nama mereka banyak tercicir, malah ada juga golongan yang terdekat dengan orang orang tertentu memperolehi bantuan makanan due keluarga dalam serumah sedangkan golongan memerlukan terms tercicir entah mengapa mungkin kah kerajaan negeri terlepas pamdang ujar beliau rasa keciwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan