Jumaat, 24 April 2020

Oleh. Gason Dumiri
BUNGKAU SINGKOKOLU KDMR
Sabah. Diturunkan generasi masa kini sebagai muzik tradisional namun bole dihitung dengan jari jumlah berkemahiran membunyikan BUNGKAU dengan pelbagai rentak terpelihara mengikut senikata lagu yang dimainkan, Bungkau juga boleh dimainkan pelbagai rentak jika pemiuzik berupaya dan berkemahiran mengendali BUNGKAU walaupun berbeza rentaknya termasuklah alihan bahasa mahupun digabung dengan muzik moden semuanya bergantung pihak pemain muzik berkenaan disamping pembelajaran berkekalan.
Pembuatan Bungkau juga memerlukan kepakaran memilih kualiti pohon yang hendak diperbuat alat muzik berkenaan termasuklah pemilihan Getah Sepinit (Sepilot) dalam bahasa Dusun agar terpelihara rentak muzik sepanjang ianya dimainkan dalam apa juga majlis, tidak hairan lah pada zaman dahulu BUNGKAU adalah muzik yang Sangat menarik dikalangan pemiuzik orang lama berbanding masa kini yang amat ketinggalan pemiuzik Bungkau akibat kurang daya usaha memberi pembelajaran golongan muda mudi kearah memplopori muzik tradisional seiring muzik moden.
Inilah yang berlaku pada BUNGKAU dimana ianya bakal hilang jika tidak ada usaha mempelajari pemilihan alat serta pembuatan dan pemuzik serba mahir jelas warga asli Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan