Isnin, 27 April 2020

MASYARAKAT CSSK SUSUAN BERTERIMA KASIH PADA AJIS
Oleh. Gason Dumiri
Inanam. Rumpun keluarga CSSK SUSUAN Kg. Minintod sempadan Inanam Penampang Kota Kinabalu Sabah
 berterima kasih dengan pelbagai derma sumbangan peribadi En. Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Parti Bersatu Sabah Bahagian N. 13 Inanam bukan
 sahaja barang makanan sepanjang tempoh PKP ini malah beliau juga telah memberi SAYORAN sebungkus besar setiap ketua ketua rumah bagi mengelak masyarakat setempat kehabisan makanan dan sayor di
 musim kawalan pergerakan akibat pendemik Covid 19 terutama daerah Kota Kinabalu yang banyak kes masa kini, masyarakat setempat juga mengakui kebajikan yang banyak disumbangkan oleh En.. Ajis Dyonisius Lobinson sejak sekian lama tanpa sebarang pendedahan sebelum KRU Media Terkini Malaysia dikenali warga keluarga CSSK Susuan Minintod sebagai memperingati jasa beliau (Ajis) yang mungkin tidak mampu warga CSSK MININTOD namun Tuhan memberi perlindungan serta memberi kesihatan terbaik seluruh keluarga Ajis Dyonisius Lobinson setiap masa disamping dimurahkan reziki walau apapun perusahaan beliau sekeluarga demi budi baik terhadap orang ramai.
Demikian sebahagian suara warga CSSK Susuan Minintod yang disampaikan oleh Puan Marcella Sipius (gambar says pertama) bersama bungkusan besar SAYOR PERCUMA yang diambil sendiri oleh warga setempat diperkarangan rumah Ajis Dyonisius Lobinson bagai satu pemberian bermakna semasa sukar keluar membeli Sayor Sayoran akibat semua jalan raya ditutup pihak keselamatan disamping ketakutan jangkitan penyakit Covid 19 jelas beliau.
Menurut Puan Marcella Sipius sikap pemurah menghulur bantuan golongan yang amat memerlukan wajar dicontohi masyarakat berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama serupa dengan keprihatinan Ustaz Ebit Liew (Cina Mualaf) yang terkenal di Semananjung Malaysia walaupun mendapat pelbagai rintangan namun terus juga bersedekah jelasnya.
Media Terkini dimaklumkan lebih kurang 30 bungkus Plastik Besar SAYOR diagihkan kepada keluarga CSSK SUSUAN MININTOD atas usaha dan tanggongjawab penderma, malah pembahagian tersebut juga mematuhi peraturan PKP dimana setiap yang mengambil mesti berselang 5 minit setiap seorang agar tidak berkumpul dihalaman rumah Ajis Dyonisius Lobinson ujar Puan Marcella Sipius kepada Media Terkini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan