Rabu, 10 Mei 2017

PASUKAN KESELAMATAN WAJAR DIBANGGAKAN
Kota Kinabalu. Kepantasan pasukan keselamatan memberkas seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri dan melakukan tebusan seorang wanita dengan pisau tersemat pada bahagian leher wanita berkenaan harus diberi pujian oleh semua lapisan masyarakat dalam negeri ini, inseden yang mula berlaku jam 7.35 malam berlarutan hingga jam 9.35 malam dengan tertangkap nya lelaki terlibat menggunakan teknik muslihat pasukan keselanatan antar kejayaan pasukan terlibat menyelamatkan wanita yang dijadikan sebagai tebusan bagi melarikan diri gagal walaupun ramai masyarakat setempat cukup cemas.
Berdasarkan sumber maklumat orang ramai pihak pelaku (lelaki berkulit hitam) dipercayai golongan warga asing dengan niat mahu mencuri namun terkandas apabila disedari penduduk sekitar dan cuba melarikan diri dengan menjadikan seorang wanita sebagai perisai kearah melepaskan diri, dengan kepantasan pasukan keselamatan akhirnya lelaki terlibat dapat ditumpaskan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu manakala wanita berkenaan dirujuk kehospital Queen 2 untuk pemeriksaan kesihatan selama menjadi tebusan lelaki yang digelar warga asing dengan menunjuk taring kebiadaban nya.
Dalam kes tersebut orang ramai dipelusuk negeri ini harus berwaspada pada persekitaran sekeliling terutama diwaktu malam melibatkan golongan wanita jika melihat wajah wajah mencurigakan wajar minta bantuan jiran tetangga sebelum menghubungi pasukan keselamatan berhampiran, selain dari itu hubungan sepakat jiran tetangga perlu diperkukuhkan bagi kepentingan meminta bantuan apabila dalam situasi menjadi tebusan penjenayah pada waktu malam lebih lebih lagi dalam kelompok perumahan mewah dan sukar diketahui pihak jiran tetangga setempat.
Kejadian semalam berlaku dikawasan Damai Luyang dimana dipercayai perumahan masyarakat tionghua golongan hidup mewah dan berstatus sedarhana, ianya juga wajar dijadikan pedoman betapa golongan masyarakat yang berkeliaran tidak memiliki pekerjaan perlu dijauhi serta tidak dibenarkan berkeliaran sekitar mana mama perumahan atau permis kedai perniagaan dalam negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan