Khamis, 11 Mei 2017

Oleh. Jasly Dol
KERAJAAN WAJIB BINA PRASARANA KEAGAAMAN
Sabah. Umat Islam dinegeri ini hairan mengapa tidak ada peruntukan Kerajaan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berhubung pembinaan Surau, Masjid dan Madrasah keperluan penyebaran dakwah Islamiah demi generasi muda mudi akan datang, ini amat mengelirukan berikutan terdapat umat Islam meminta derma berdiri dijalanan sepanjang hari bagaikan sudah tidak ada lagi sumber kewangan Kerajaan mahupun Jabatan Agama Islam Negeri Sabah bagi membina bangunan yang dikehendaki masyarakat desa mahupun kes seumpama disebaliknya tanpa dikesan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga terlepas pandang.
Kes seumpama meminta derma bagi pembinaan bangunan menyebarkan dakwah agama Islam sememangnya kerap berlaku dalam negeri Sabah terutama sekitar beberapa pusat bandar sejak sekian lama namun jarang diambil perhatian pihak berkuasa, mengutip derma dengan berdiri sepanjang hari sepanjang bulan bukan lah satu contoh terbaik menerusi pandangan mata orang ramai khususnya dikakangan pelancong warga asing dimana mereka mungkin memperlekehkan perkara tersebut bersama pelancong asing dari luar negara.
Bahan berita kiriman seorang umat Islam yang menggelarkan dirinya En. Cuan Liee dari Luyang Kota Kinabalu bersama gambar peminta derma bagi pembinaan bangunan keagamaan Islam dalam negeri Sabah sejak beberapa hari yang lalu, kes ini sering berulang setiap tahun namun tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak Kerajaan Sabah tidak memiliki peruntukan membina Bangunan Surau, Masjid mahupun Madrasah amnya disetiap kampung luar bandar status saudara baru atau mualaf ujar beliau.
Diharap dengan pendedahan ini kerajaan Sabah mampu menerangkan dengan jelas bagaimana mahu membina Surau, Masjid dan Madrasah amnya tanpa memaksa orang berdiri meminta derma setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan