Khamis, 11 Mei 2017

Oleh. Bujie Tukarang
KEBANJIRAN PATI BUKAN SALAH KERAJAAN
Sabah. Isu lambakan pendatang asing tanpa izin yang dipolitik oleh sesetengah pemimpin parti pembangkang dalam negeri ini yang menuding jari terhadap kesalahan kerajaan BN atas sesuatu kelekaan merupakan fakta yang kurang tepat berikutan PATI yang menyusup masuk adalah berkerja dalam sektor swasta dimerata tempat dalam negeri ini, selain dari itu sebilangan PATI ini juga bersembunyi dalam beberapa syarikat swasta tempatan yang menggaji mereka dalam kos rendah tanpa persetujuan muktamad dari pekerja sehingga PATI mampu mengumpul dana kewangan secara berperingkat sehingga berlaku keuntungan dikalangan pelindung PATI tanpa mengambil kira kesalahan perbuatan mereka.
Menurut sumber maklumat orang ramai Kutu Kutu Pelindung PATI ini berhubung rapat dengan TEKONG TEKONG SAMPAN ATAU SPED BOT dilaut bagi gerakan pantas kilat diwaktu malam hingga awal subuh terutama kuala kuala kecil terbiar dan hutan bakau sekeliling yang jarang dipantau pihak berkuasa tempatan, tidak kurang juga dikalangan TEKONG BOT DAN SAMPAN ini menyamar sebagai nelayan disamping pelindung didaratan sebagai peraih membeli ikan dari nelayan jika bertembung dengan pihak berkuasa tempatan sambil menghulur Kad Pengenalan dengan penuh sopan dan siap penuh hormat terhadap petugas beruniform dikuala kuala terpencil.
Pendedahan dari seorang nelayan tempatan Sabah yang sentiasa berhadapan situasi KUTU KUTU PELINDUNG PATI dengan bersekongkol pada sebilangan pemimpin parti pembangkang menyalahkan kepimpinan parti memerintah kerajaan BN walaupun yang menggaji PATI ini sebilangan penyokong pembangkang dinegeri ini, malah nelayan terlibat yang hanya mahu dikenali GOMBUI menerangkan sebilangan peniaga tempatan Sabah aktif menyokong perjuangan parti pembangkang sedangkan pekerja mereka adalah disembunyikan akibat PATI malah ada yang mengupah pengawal memakai WALKIE TALKIE semata mata menjadi tonto melindungi pekerja PATI ujar beliau.
Dalam konteks ini En. Gombui dari Tuaran menggesa rakyat Sabah agar jangan terpedaya helah pembangkang konon nya PATI adalah pelan politik BN memperbanyakan pengundi sedangkan majoriti PATI berkerja dengan TAUKEH parti pembangkang yang bijak berlakon menuding jari terhadap parti kompenan BN, sehubungan dengan pendedahan ini rakyat asli Sabah wajar bijak berfikir supaya jangan diputarbelit pihak parti pembangkang yang tidak iklas memperjuangkan sebenar isu anak jati dalam negeri ini agar menilai agenda politik peribadi memandangkan jika mahu menukar kerajaan BN satu pilihan utama ialah PARTI YANG BERSATU DALAM GABUNGAN SABAH STAR, HARAPAN RAKYAT, SAPP DAN PERPADUAN asas masa depan politik Sabah yang berani teguh dan berwawasan walaupun seorang dua didalam umpama musuh dalam selimut Gombui menjelaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan