Selasa, 9 Mei 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau / Bujie Tukarang
SEJAUH MANA PENERIMAAN RAKYAT PADA PARTI PEMBANGKANG?
Sabah. Tindakan rakyat meninggalkan parti pembangkang (keratan akbar tempatan Sabah) membuktikan ada yang tidak disenangi rakyat terhadap perjuangan parti pembangkang dimana majoriti rakyat setempat adalah memerlukan kehidupan lebih selesa, selain dari itu parti parti pembangkang yang tidak sehaluan dalam perjuangan mereka termasuklah pengagihan kerusi juga dilaporkan antara lain ramai rakyat hilang keyakinan terhadap perjuangan mereka berbanding dengan kepimpinan BN yang majoriti pemimpin mereka sentiasa bersama rakyat walaupun berada diluar kawasan mereka tetap mendampingi rakyat jika mendapat undangan.
Rakyat jelata dalam negeri Sabah juga masih memerlukan bantuan dari kerajaan dimana jika bersama pemimpin parti pembangkang sekadar berjuang sukarela dimana tidak ada sebarang bantuan kebajikan mampu diperolehi malah kadangkala pula rakyat jelata diminta mengisi kotak derma dalam pelbagai majlis ceramah mereka, semua ini dikaitkan punca ramai rakyat jelata nekad meninggalkan perjuangan parti pembangkang dalam negeri ini demi memperbaiki corak kehidupan mereka berjuang bersama pimpinan parti memerintah yang jelas bersatu dan komited membela taraf hidup keluarga termiskin tanpa berjanji bulan dan bintang melainkan menunaikan apa yang telah diperkatakan.
Dorawen Kujidal dari Kerambunai berkata demikian sebagai mengulas apa yang berlaku dalam perjuangan parti pembangkang sehingga ditinggalkan oleh rakyat jelata yang menjadi nadi penyokong mereka sejak bertahun lalu dan kini mengistiharkan cara terbuka menyokong perjuangan parti kompenan BN yang menerajui kerajaan masa kini, rakyat jelata juga sudah tidak tahan berjuang dalam parti pembangkang yang bertahun tidak juga mampu menghulur bantuan kehidupan dan jika asyik berjuang secara sukarela tiap masa seperti ini necaya ada dapur rakyat jelata tidak berasap disamping kering kontang kocek dibawa setiap hari bila amalan sukarela terus diamalkan dalam perjuangan parti katanya.
Beberapa rakyat jelata yang sempat membawa kru Media Terkini menemui beberapa orang pemimpin parti pembangkang dalam negeri ini mendapati slogan para pemimpin terlibat pada rakyat ialah "Kita kena berjuang cara sukarela bagi meraih sokongan dari rakyat jelata kearah menukar kerajaan", masa kini dengan membentuk pemimpin muka baru menerajui kerajaan baru, apa yang menjadi persoalan rakyat ialah bagaimana mahu meneruskan kehidupan bersama pemimpin yang tidak mampu memberi manafaat atau gagal menghulur sumbangan pada rakyat bagi meneruskan kehidupan seharian dimana dibawa berkerja berkempen meraih sokongan rakyat tanpa sekilo ikan pun dibawa pulang dari berkempen mendekati rakyat dipelusuk negeri ini sudah pasti keluarga dirumah mengharap saguhati petugas kempen ujar mereka.
Dorawen Kujidal yakin rakyat berbilang kaum dalam negeri ini masih bersama kerajaan BN dalam pilihan raya kali ke 14 ini jika para pemimpin parti pembangkang gagal membantu rakyat yang bertugas bersama mereka apa tak lagi jejak pemimpin BN seperti Datuk Masidi Manjun (Gambar Bersama Penduduk Telipok) walaupun ADUN Karanaan Ranau namun ingat pada saudara dikejauhan dalam apa juga majlis, rakyat hari ini juga bijak menilai pemimpin yang benar benar boleh membantu rakyat jelata dan bukan nya sekadar memburu jawatan jika diberi kemenangan pada masa pilihan raya sedangkan menghulur sekilo ikan basah pun gagal kearah menghargai bantuan rakyat yang turut berkempen meraih sokongan semua lapisan rakyat dengan sekadar mengucapkan terima kasih apabila bersurai selepas mendekati rakyat berbilang kaum penuh sedih juru kempen bawahan jelas beliau.
Sehingga kini parti gabungan Sabah STAR, SAPP, PERPADUAN dan HARAPAN RAKYAT yang nampak sesekali pemimpin tertentu mereka boleh menghulur saguhati jika ada rakyat jelata memberi bantuan berkempen meraih sokongan golongan pengundi berbanding parti pembangkang lain dalam Sabah ramai petugas kempen meraih sokongan rakyat gagal mendapat saguhati, terpulang lah pada petugas kempen menerangkan pada rakyat jelata hala tuju politik selepas pemimpin parti pembangkang membiarkan seluruh kempen mereka hidup tanpa elaun walaupun berjalan diseluruh Sabah sedang kan keluarga mereka amat mengharap pulang dari berkempen adalah untuk membeli ikan atau sekampit beras namun sebaliknya tangan kosong dibawa pulang ujar Dorawen Kujidal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan