Isnin, 29 Mei 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PEMBANGUNAN PENDALAMAN MENYERLAH
Tambunan. Pembangunan luar bandar khususnya jalan jalan raya mula kelihatan sekitar pendalaman antara sempadan Tambunan dan Ranau sejak beberapa tahun yang lalu walaupun tidak seberapa dengan kemajuan luar negara namun dapat dilihat kesungguhan para pemimpin kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya, amat dirasai oleh penduduk Kg. Tudan sempadan Tambunan Ranau (Gambar) jalan raya mereka cukup menyelesakan bagi memasarkan pelbagai produk pertanian kampung sebagai sumber pencarian kehidupan keluarga mereka memasarkan ke Tambunan atau Ranau senang sahaja dengan kemudahan jalan raya yang sempurna masa kini.
Kawasan pendalaman sempadan Ranau dan Tambunan dilaporkan menjadi laluan jalan utama Pan Borneo menuju Sandakan dan Tawau dari Sarawak sumber maklumat penduduk Kg. Tudan satu lagi langkah warga kampung menambah sumber pendapatan mereka apabila terdapat pelancong melintasi perkampungan mereka jika memiliki kemahuan menambah pendapatan keluarga sepanjang masa tanpa mengira apa juga usaha dilakukan, jelas sekali kerajaan BN yang ada pada hari ini tidak pernah mengabaikan tanggongjawab terhadap pelbagai lapisan masyarakat khususnya warga kampung dimana pelbagai prasarana diberi termasuklah beberapa bantuan individu bagi mereka yang layak jika diusahakan oleh para pemimpin bawahan dari pejabat wakil rakyat BN sampai lah kepada Ketua Kampung dan Pengurusi JKKK dan disalurkan kepada Jabatan atau Kementerian berkaitan cara berulangkali agar mampu diurus dan diluluskan oleh Jabatan atau Kementerian berkenaan.
Ini adalah penjelasan penduduk sekitar Kg. Tudan yang dikunjungi media terkini sebagai merungkai sebenar punca kemajuan dan kemunduran setiap kampung dipelusuk negeri ini disudut mata hati rakyat yang kerap berjumpa dengan Menteri atau Ketua Ketua Jabatan bagi mematuhi sistem pengurusan sebenar ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan