Rabu, 3 Mei 2017


Oleh. Willem Anak Lagau
KEMANA HALATUJU PEMBANGKANG TAMPARULI?
Parlimen Tuaran. Masyarakat kawasan DUN Tamparuli masing masing berteka teki siapa diantara pemimpin parti pembangkang dan Barisan Nasional mampu meraih undi kemenangan pada pilihan raya ke 14 akan datang, kerusi DUN tersebut ditawan parti KEADILAN pada pilihan raya ke 13 lalu menerusi Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (kini Presiden Parti Cinta Sabah) menewaskan Datuk Jahid Jahem (kini Ketua Bahagian PBS Tamparuli merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli) dimana kedua dua pemimpin tersebut saling meraih sokongan rakyat mewakili pembangkang dan Kerajaan. Cabaran Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing pada PRU ke 14 akan datang adalah dilaporkan beberapa pemimpin parti KEADILAN Kawasan Tamparuli masa kini siap siaga merancang meletak calon pada pilihan raya akan datang walaupun Datuk Wilfred Bumburing masih mempertahankan kerusi tersebut atas tiket PCS masa kini, bagi kerajaan BN jika masih mempertaruhkan khidmat Datuk Jahid Jahem sebagai calon BN dengan berhadapan lebih 4 Calon parti pembangkang dipercayai tidak bermasaalah asalkan beberapa jentera BN Tamparuli perlu disusun mulai dari sekarang menerusi suara ramai parti kompenen BN setempat. Demikian pandangan sebilangan ahli parti kompenan BN Tamparuli dalam tinjauan Media Terkini bagi merungkai perkembangan parti politik setempat mendepani kekuatan parti pembangkang yang masih tidak sehaluan sehingga berita ini ditulis apa tak lagi saling mempertaruhkan pilihan calon masing masing, beberapa pemimpin BN setempat pula yang sempat ditemui mengakui tidak ada masaalah calon bagi mereka asalkan tidak meminggirkan suara dan pandangan semua ahli parti kompenan BN dengan mengagihkan tugas tugas sama adil bagi mengimbangi jentera pilihan raya ke 14 dengan bukan hanya kepada PBS sahaja khususnya dalam apa juga kemudahan yang disalur oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya ujar mereka. Bagi Datuk Jahid Jahem yang ditemui Ketua Media Borneo mengakui sentiasa bekerja untuk seluruh rakyat kawasan Tamparuli mengikut kapasiti tugas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) walaupun DUN Tamparuli dikuasai ADUN PEMBANGKANG masa kini bukan menjadi halangan tugas beliau asalkan semua rakyat memberi kerjasama, walaupun pengaruh pembangkang bertiup kencang di Tamparuli masa kini semua jentera BN khususnya PBS tidak pernah berhenti berkhidmat pada semua rakyat bergantung kepada peruntukan yang diagih oleh Kerajaan Negeri disetiap kawasan disamping komited setiap pemimpin diperingkat kampung lantikan Kerajaan menyalurkan pelbagai keperluan utama jelasnya. Kru Media Terkini yang meninjau Politik Tamparuli mendapati saling berusaha mempertaruhkan Calon pada PRU ke 14 akan datang dengan satu tekad mahu menukar kepimpinan Kerajaan BN walaupun menjangka sampai 6 pembangkang 1 BN bagi DUN Tamparuli, ironinya rakyat berdaftar sebagai pengundi terpaksa menilai apa akan terjadi jika kepimpinan yang saling bersaing tanpa kerjasama bagi mendepani halatuju kerajaan yang digapai kearah membangunkan rakyat maju ditahun 2025 akan datang luah penduduk luar bandar setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan