Isnin, 22 Mei 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
KAAMATAN ACARA TETAP BULAN MEI TIAP TAHUN
Sabah. Dalam kesibukan menjalankan pelbagai tugas setiap bulan Mei tidak pernah melupakan tradisi budaya PESTA TADAU KOKOTUAN amalan keturunan pelbagai kaum warga asli Sabah terutama mereka yang masih mengamalkan penanaman padi diperingkat luar bandar tanpa mengira usia asalkan mendapat maklumat program seumpama, bagi kawasan bandar ianya dianjurkan berbeza sangat dengan penganjuran golongan penanaman padi desa memandangkan didesa terpencil memiliki padi masak bertimbun untuk dimuatkan menerusi tempat khas padi yang digelar LINGKUT BESAR sebaik sahaja dibawa pulang dari pondok kebun padi agar terselamat dalam LINGKUT BESAR berhampiran rumah kediaman penanam padi berkenaan.
Pesta Kaamatan yang dianjurkan dalam persekitaran bandar yang tidak ada lagi padi dipulangkan sememangnya tidak mampu melihat LINGKUT BESAR yang penuh dengan jumlah padi yang banyak apa tak lagi upacara mentera bacaan menghimpunkan semangat padi supaya timbunan padi yang banyak mampu bertahan melebihi 10 tahun tanpa mengalami kerosakan, malah wargakota dalam sambutan pesta kaamatan sekadar memperingati Pesta Kaamatan disamping lebih kepada merayakan sahaja dengan pelbagai acara moden diselitkan walaupun masih mengekalkan pakaian tradisional pelbagai warna namun perbezaan tetap jauh dari penanam padi sebenar dengan setiap upacara yang dilakukan sejak sekian lama.
Antara Luahan Beberapa Penanam Padi Desa Terpencil Bersama Beberapa Penganjur Pesta Kaamatan Kawasan Bandar Dan Pekan Yang Ditemui Sepanjang Bulan Mei 2017 Sebagai Mengimbau Sejarah Serta Semua Peristiwa Pesta Kaamatan Sejak Dahulu Dan Pada Masa Kini, Sesuai Dengan Kebangkitan Dan Kecerdasan Ilmu Minda Generasi Muda Mudi Masa Kini Penerapan Kebudayaan Asli Pesta Kaamatan Boleh Dipupuk Demi Menambah Ilmu Pengetahuan Mereka (Muda Mudi) Supaya Mampu Memberi Petunjuk Golongan Pelancong Asing Semasa Melakukan Lawatan Tetap Setiap Mei Hingga June Pada Setiap Tahun Agar Tidak Ketara Perbezaan Dimata Pelancong Warga Asing.
TITIPAN INGATAN KAAMATAN.
KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN 2017. KEPADA SEMUA SAHABAT HANDAI DIMANA JUGA BERADA. MARI LAH KITA SAMA SAMA MEMUPUK DAN MEMELIHARA KEBUDAYAAN DENGAN PENUH PERMAUFAKATAN TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA. SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI TUHAN SETIAP MASA. DARIPADA, YANG BERHORMAT DATUK JOSEPH PAULUS LANTIP (BENDAHARI AGONG KDCA SABAH) SERTA SEISI KELUARGA.

Disana sini Kaamatan seluruh Sabah namun hanya Datuk Joseph Paulus Lantip yang mengundang media terkini melawat beberapa acara meriah seumpama tahun ini, diharapkan Pesta Kaamatan tahun tahun akan datang akan ramai penganjur kebudayaan seumpama mengundang media terkini sebagai rakan dan sahabat bagi meraih bersama Kaamatan.

KAAMATAN TOKOU GOMPIO POINGOMPUS OM WANADAI TOKOU NODA DO MINAMANGUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan