Jumaat, 19 Mei 2017

GAMBAR ATAS PENYOKONG KUAT UMNO KAWASAN PARLIMEN TUARAN.
GAMBAR BAWAH DIPERCAYAI PENYOKONG KRONI PARTI PEMBANGKANG
Oleh. Jasly Dol
SIAPA MENAWAN PARLIMEN TUARAN?
Sabah. Bahang pilihan raya kawasan Parlimen Tuaran sudah dirasai rakyat jelata berikutan masing masing penyokong setia saling berjuang jelajah seluruh rakyat yang berdaftar dengan daftar pemilih termasuklah perkampungan jauh terpencil tetap diselusuri mendekati rakyat setempat, ini membuktikan masing masing berusaha mahu meraih kemenangan setiap calon yang dipertandingkan agar mampu membukti mereka berkempen untuk kemenangan calon tanpa berpeluk tubuh mengharap kemenangan ajaib tanpa berkerja mengikut beberapa pengalaman golongan tokoh politik veteran dahulu mampu menang dengan senang tanpa kerja kuat dengan jentera seperti pada masa kini.
Kerusi Parlimen Tuaran memiliki tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada masa kini termasuklah DUN Sulaman, DUN Tamparuli dan DUN Kiulu dimana jika kawasan baru diwartakan maka DUN Dalit akan menambah kerusi baru bagi kawasan Parlimen Tuaran sebagai penambahan kearah memudahkan tugas pemimpin mengurus kepentingan pembangunan dan sosiaekonomi masyarakat berbilang kaum setempat, dalam konteks yang sama golongan yang menampilkan diri mahu menjadi pemimpin kerajaan setempat wajar membuktikan pada rakyat jelata kearah kemampuan mereka mencurahkan bakti seadanya pada masyarakat setempat sepanjang tahun dan bukan nya sekadar memainkan politik bermusim menabur harapan kepada seluruh rakyat setempat dimana lepas berkempen pilihan raya hilang lah pula muka orang politik terlibat.
Parlimen Tuaran dikuasai pemimpin BN Datuk Madius Tangau dari Parti UPKO, DUN Sulaman dikuasai UMNO Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor DUN Tamparuli Datuk Welfred Mojilip Bumburing (pembangkang) DUN Kiulu Datuk Jhoniston Bongkuai (PBS) dimana pada masa kini Dun Tamparuli menjadi rebutan dari Parti Keadilan, Parti PCS dan Gabungan Sabah serta beberapa parti kecil cara senyap tanpa diketahui cara umum, bagi kerusi DUN Kiulu pula dipertaruhkan oleh Parti Warisan, Parti Keadilan, Parti Gabungan Sabah dan juga beberapa parti kecil tempatan Sabah yang sukar mendaftar pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan pembentukan gabungan mereka bagi bersaing dengan perjuangan BN masa kini desas desus seluruh kawasan Parlimen Tuaran masing masing parti pembangkang mempromosikan diri mengharap menjadi pilihan parti mereka sebagai calon DUN atau PARLIMEN dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Siapapun bakal calon bertanding dalam pilihan raya kawasan Parlimen Tuaran serta Dun berhampiran rakyat berbilang kaum hanya akan memilih tokoh pemimpin yang memahami kemelut rakyat sehingga bijak mencari jalan kearah perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan