Selasa, 16 Mei 2017

Keadaan Jalan Raya menuju Kg.Widu Tambunan. Gambar bawah. Puan Yibit Garinis penduduk Kg. Widu Tambunan.

Oleh. Bujie Tukarang
JALAN RAYA TERBIAR WAJAR DITURAP
Tambunan. Masyarakat Kg. Widu serta beberapa perkampungan sepanjang jalan raya melintasi perkampungan Widu sudah layak menerima penurapan jalan berkenaan demi kepentingan seluruh penduduk yang menggunakan jalan tersebut setiap hari, jalan raya tersebut juga wajar diturap demi menjaga imej pusat pelancongan setempat Widu Resort dari menjadi tontonan pelancong dari luar negara mahupun nama baik kepimpinan kerajaan negeri mahupun di peingkat persekutuan amnya agar tidak menjadi bahan kecaman masyarakat pelancong khususnya segala apa yang ditonton sepanjang jalan berkenaan walaupun berpuluh tahun diduduki masyarakat KDM mengeciwakan juga naluri mereka. Kg. Widu juga mempunyi penduduk dikalangan kaum Dusun dengan majoriti menjalankan kehidupan sebagai petani disamping berkerja dalam sektor swasta mahupun Jabatan Kerajaan amnya dengan menggunakan jalan raya tidak sempurna bertahun lamanya, masyarakat beberapa perkampungan sekitar Kg. Widu juga merupakan penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dimana tidak pernah tewas dengan parti pembangkang setiap kali pilihan raya namun prasarana Jalan Raya gagal diturap oleh Kerajaan Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan amnya umpama terlepas pandang dikalangan pemimpin Sabah dan Malaysia sejak sekian lama.
Puan Yibit Garinis membuat kenyataan sedemikian bagi mengulas Jalan Raya penghubung Ke Kg. Widu dan beberapa kampung berhampiran yang menggunakan laluan tersebut namun sampai hari ini (media terkini menghubungi warga Kg. Widu) tidak ada petanda jalan raya tersebut diturap, sebagai penduduk asal Kg. Widu amat lah besar harapan semua penghuni perkampungan sekitar Widu memperolehi penurapan atau pengaspalan jalan raya tersebut apa tak lagi dalam situasi menjelang pilihan raya ke 14 dijangka sebelum April 2018 demi sokongan terhadap kerajaan BN jelasnya.
Media Terkini juga dimaklumkan Parti Gabungan Sabah sangat berpengaruh masa kini dipelusuk negeri ini terutama kawasan Tambunan dan Keningau antara STAR, HARAPAN, PERPADUAN dan SAPP sebagai langkah alternetif pembaharuan kerajaan jika semua suara rakyat Sabah tidak didengar oleh pemimpin Sabah dan pusat amnya, pengaspalan jalan Kg. Widu dan Kampung berhampiran dinanti nanti kan oleh masyarakat setempat memandangkan Sabah merdeka sejak tahun 1963 dahulu lagi namun oembangunan dan ekonomi terus ketinggalan kebelakang berbanding dengan seluruh negeri di Semananjung Malaysia yang maju lebih jauh dari Sabah dan Sarawak tegas penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan