Rabu, 10 Mei 2017

Oleh. Willem Anak Lagau
PEKAN NABALU PERLU PEMBAHARUAN
Kota Belud. Sejajar dengan peredaran masa Batu 24 Jalan Tamparuli ke Kundasang yang merupakan persempadanan dengan Kota Belud perlu pembaharuan dengan memperbaiki segala kerosakan yang terbiar sejak sekian lama agar mampu dimanafaatkan oleh masyarakat setempat mahupun golongan pelancong dari luar negara, batu 24 atau dikenali juga dengan Pekan Nabalu banyak kerosakan prasarana terutama gerai gerai kraftangan termasuklah perparitan serta anak tangga dan lantai Menara Pelancong disamping kegagalan pihak berkuasa tempatan mengutip Sampah pada masa yang lebih kerap agar dapat mencerminkan kebersihan dan keindahan setempat dimata masyarakat setempat dan pelancong luar negara amnya sepanjang masa.
Batu 24 atau Pekan Nabalu merupakan satu kawasan yang termasuk dalam kawasan Parlimen Kota Belud dimana menjadi kewajaran para pemimpin kerajaan setempat mendekati rakyat dan berusaha memperbaiki keperluan mereka apa tak lagi gerai gerai perniagaan, menara kemudahan pelancong, perparitan dan sampah yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan kakitangan kerajaan setempat, penduduk setempat juga mengeluh berikutan terdapat beberapa lampu jalan sudah lama tidak menyala sejak sekian lama namun tidak ada pihak berkuasa tampil melakukan tinjauan apa tak lagi memperbaikinya sehingga menyala bagi menerangi sepanjang jalan raya laluan kenderaan mahupun pejalan kaki diwaktu malam demi keselamatan nyawa para pengguna jalan raya.
Mr. Kanul Gindol Aktivis Politik Dan Masyarakat merangkap Ketua Fasilitator My Malaysia-I Care berkata demikian dalam wawancara Media Terkini semasa melawat Batu 24 yang juga dikenali Pekan Nabalu sebagai mendekati masyarakat setempat hari ini kearah mengetahui segala permasaalahan rakyat setempat, tidak sepatutnya laluan pelancong dalam dan luar negera seumpama terlepas pandang dikalangan pihak berkuasa tempatan khususnya dalam kawasan Parlimen Kota Belud dimana dilaporkan terdapat penduduk setempat masih memberi sumbangan undi pada Parlimen Kota Belud setiap kali pilihan raya ujar beliau.
Peniaga gerai kawasan Batu 24 juga berterima kasih dengan lawatan Mr. Kanul Gindol kearah mendengar rintihan mereka terutama permis gerai mereka yang atap telah banyak yang bocor namun tidak ada sebarang bantuan dari pihak berkuasa tempatan, adalah menjadi harapan masyarakat setempat dengan lawatan dan pendedahan Mr. Kanul Gindol mampu menggerak pihak berkuasa tempatan turun padang bagi memperbaiki segala kerosakan pelbagai prasarana setempat dengan lebih cepat agar mampu mencerminkan keindahan kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan