Rabu, 10 Mei 2017

Oleh. Willem Anak Lagau
BN TETAP PERTAHAN SOKONGAN RAKYAT
Kota Belud. Kepimpinan BN kawasan Parlimen Kota Belud akan terus bersama rakyat jelata bagi mempertahankan kerusi Parlimen serta Dun amnya walaupun dilaporkan dilaporkan pembangkang terus mencari populiriti dimata rakyat berbilang kaum hampir setiap hari dengan pelbagai jenama parti mereka yang berhasrat membentuk gabungan bagi menumbangkan BN pada PRU ke 14 akan datang, antara parti parti kompenen BN yang berusaha mendekati rakyat berbilang kaum termasuk lah UMNO, PBS, UPKO, PBRS, MCA dan LDP yang tidak muda diperdaya oleh parti pembangkang selagi rakyat setempat masih memerlukan khidmat golongan pemimpin kerajaan memperbaiki taraf hidup berekonomi baik dalam jangkamasa panjang walaupun belum dikenal pasti nama pilihan calon yang berhadapan dengan parti pembangkang.
Pelbagai propaganda yang dimainkan oleh segelintir pemimpin parti pembangkang setempat masa kini malah seluruh Sabah amnya namun rakyat jelata mampu menilai dasar terbaik kerajaan dalam jangkamasa panjang apa tak lagi mendepani pelbagai ancaman dari luar negara jika tersilap menghitung kewibawaan pemimpin parti pembangkang, dalam konsep kesedarhanaan kepimpinan kerajaan BN masa kini rakyat berbilang kaum yakin dengan kemampuan mereka menggalas tanggongjawab membela serta memajukan prasarana dan ekonomi rakyat hasil kerjasama dikalangan pemimpin yang dilantik kerajaan diperingkat kampung sebagai mendepani kehadiran pemimpin parti pembangkang mempengaruhi rakyat jelata setempat pada setiap masa.
PPM Daimin Sulukan berkata demikian dalam wawancara Media Terkini dipejabatnya sebagai mengulas kekerapan pemimpin parti pembangkang menjelajah seluruh Parlimen Kota Belud khususnya DUN Kadamaian yang pernah ditawan parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu dan kini Wakil Rakyatnya telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai satu keyakinan beliau terhadap keupayaan kerajaan BN mendepani pelbagai masaalah masyarakat luar bandar sejak sekian lama walaupun usaha terlibat berlaku secara berperingkat ujar beliau.
PPM Daimin Sulukan yang juga mantan Setiausaha PBS Bahagian Dun Kadamaian yakin kekuatan rakyat bersama BN tidak muda dipengaruhi pemimpin parti pembangkang dengan tektik mencurahkan bakti pada rakyat jika diberi peluang menukar kerajaan BN masa kini, selain dari itu Parlimen Kota Belud diterajui oleh UMNO pimpinan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak bersama Datuk Pandikar  Amin Haji Mulia Speker Dewan Rakyat yang cukup berpengalaman dibantu Datuk Abdul Rahman Dahlan sejak beberapa tahun lalu ujar beliau.
Dengan kekuatan BN setempat yang ada pada masa kini hasil dari sokongan pemimpin kerajaan diperingkat kampung dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan disetiap bahagian Parlimen mahupun Dun rakyat jelata mampu menilai matlamat mereka dalam jangkamasa panjang, sememangnya lumrah bagi sebilangan kecil masyarakat yang menyertai perjuangan parti pembangkang sekadar mencari kedudukan kerusi dan jawatan bergaji semata mata agar mampu menghidupkan penyokong setia mereka dengan matlamat meneruskan dasar kerajaan sediakala tanpa sebarang perubahan terbesar seperti yang dicanang terhadap rakyat jelata dalam ceramah politik.
Media Terkini hanya tersenyum apabila cerita politik berlarutan di Kedai Kopi berkisar sebilangan kecil parti pembangkang dengan kepakaran semua ada jika berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri  mahupun Ahli Parlimen namun berbelanja pada orang memerlukan tidak berkeupayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan