Ahad, 14 Mei 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
MAMPUKAH HARAPAN MENAWAN PENGUNDI?
Kota Kinabalu. Sejauh manakah pengaruh parti Harapan Rakyat Sabah menawan hati para pengundi dikawasan kerusi Parlimen Sepanggar serta DUN Inanam, DUN Kerambunai dan DUN Darau menjelang pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi berdasarkan pelbagai persediaan pihak kerajaan dan agensi kerajaan masa kini, bagi pihak parti pembangkang pula antara gabungan Sabah dengan parti pakatan dari Semananjung Malaysia termasuklah kroni kroni mereka di Sabah bagaikan senyap dari publisiti media cetak mahupun media eletronik sememangnya jauh dari bahan rujukan semua pembaca termasuklah para penyokong parti mereka tidak dapat dipastikan halatuju perjuangan parti mereka.
Antara yang dikenali ramai pemimpin gabungan Sabah sekitar Sepanggar ialah Mr. Miasin Mion dan Tuan Haji Hasyim Jemat pendokong parti Harapan Rakyat Sabah namun dipercayai terlalu jauh dengan golongan media massa tanpa sebarang punca yang munasabah, mereka juga kurang berminat didekati kumpulan pengamal media massa sejak mula bergerak aktif dalam politik setempat walaupun BN sudah mula menggerak setiap bahagian dan negeri amnya sebagai mempertahankan undi kekal dalam tangan terutama kawasan yang diketogeri panas antara BN dan semua percaturan parti pembangkang dalam pilihan raya kelak.
Media Terkini dimaklumkan kawasan Sepanggar menjadi impian Parti Warisan, Parti Cinta Sabah, Gabungan Sabah, BN dan beberapa parti parti kecil tempatan Sabah sejak setahun lalu dengan pelbagai gerak kerja dilakukan secara bersendirian, manakala BN pula cukup dengan jentera publisiti media cetak dan media eletronik sebagai kempen berkesan mereka didalam minda rakyat jelata tidak kira siang dan malam selagi rakyat jelata belum melelapkan mata.
Pendedahan Mr. Soimad Gajan dari Taman Indah Permai bagi mengulas percaturan politik Parlimen Sepanggar masa kini dalam pertemuan media terkini khususnya bagi menghadapi pilihan raya ke 14 dijangka tahun 2017 nanti, malah beliau juga tidak menolak kemungkinan BN tidak bermasaalah untuk menang dalam pilihan raya kawasan Sepanggar selagi parti pembangkang saling berebut calon sesama sendiri bagi mendapat jawatan YB tanpa mendengar segala pandangan pengundi apa tak lagi suka bergerak cara sembunyi menemui kumpulan kecil pengundi bagi menjimatkan kos perbelanjaan terangnya.
Parlimen Sepanggar masa kini disandang oleh YB. Datuk Jumat Haji Idris (UMNO) dimana dilaporkan aktif mendampingi rakyat jelata diperingkat luar bandar disamping mendapat kerjasama dari pemimpin PBS, UPKO, PBRS, MCA dan LDP serta MIC bagi menggerak politik memberi kefahaman terhadap rakyat berbilang kaum agenda perjuangan komited pada lapisan rakyat jelata, tidak hairan lah jika peluang semua parti yang berhasrat menjadi calon parti pembangkang Parlimen Sepanggar terlalu tipis jika Datuk Jumat Idris UMNO kekalkan sebagai calon pada PRU ke14 akan datang bagi mempertahankan kerusi tersebut dari menjadi tawanan pihak parti pembangkang ujar beliau.
Jika parti Harapan Rakyat Sabah dan Gabungan Sabah mahu menawan Parlimen Sepanggar serta DUN Inanan, DUN Kerambunai mahupun DUN Darau ia memerlukan kekuatan yang cukup dalam semua aspek jentera kearah mendapat sokongan masyarakat setempat, tidak cukup dengan matlamat disebarkan dalam gerak lawatan kerja bersama rakyat lepas perpisahan hilang kata tak setanding UMNO siang dan malam dihati rakyat menerusi penguasaan media cetak dan media eletronik sepanjang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan