Isnin, 22 Mei 2017

Oleh. Bujie Tukarang
PERPADUAN PEMANGKIN POLITIK RAKYAT
Sabah. Keberanian masyarakat dalam negeri ini telah memberi perangsang kearah pembentukan politik kerdil dengan tekad Adil Bijaksana Jujur Amanah Iklas Sabar serta Berani dalam Kebenaran sehingga lah misi perjuangan bersatu dalam kejayaan tahun 2013 penuh cabaran dengan tekad Perpaduan Asas Kejayaan, tidak hairan lah jika hari ini Perpaduan terus menjadi pilihan muka muka baru terjun dalam arus perjuangan politik yang tertumpu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum agar mampu merealisasikan satu pakatan dalam gabungan Sabah bagi menumbangkan para pemimpin UMNO dalam parti Sabah tanpa sedikit ruang mereka dalam negeri ini dimasa akan datang.
Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) juga komited berjuang bersama parti parti dalam gabungan seperti PARTI HARAPAN, SAPP dan SOLIDERITI TANAH AIR KU (STAR) sebagai satu pilihan tepat rakyat jelata Sabah walau apapun tomahan pihak pemimpin parti pembangkang lain namun ianya satu pembohongan semata mata mahu mengalih perhatian dan sokongan rakyat jelata, PPRS juga merupakan satu pejuang berbilang bangsa dan agama sama seperti parti gabungan lain demi memelihara keamanan kestabilan politik disamping memperjuangkan hak hak rakyat Sabah supaya diberi perhatian dan tindakan pemimpin tertinggi kerajaan yang mampu menewaskan kepimpinan BN dan UMNO amnya menerusi proses demokrasi pilihan raya pada PRU ke 14 diramal tidak lama lagi walaupun PPRS dilihat terlalu kerdil masa kini. Sebagai pejuang berani dalam parti PPRS akan bersiap siaga bersama sama dalam gabungan bagi menangkis segala dakyah parti parti lawan yang mereka cerita tentang pelbagai pemberian menggula-gulakan sebilangan pemimpin parti dalam gabungan akibat kekuatan, ketelusan, kejujuran, kewibawaan dan kebijaksanaan dalam mendampingi rakyat jelata tanpa memilih bangsa dan agama asalkan sah berdaftar sebagai pemilih dalam negeri ini sejajar dengan dasar visi dan misi perjuangan PPRS yang sebenar, malah seluruh rakan rakan seperjuangan dalam gabungan Sabah akan terus diperkasa bersama sama dengan PPRS demi merealisasikan harapan rakyat Sabah kearah kemajuan pembangunan tanah air khususnya mempertingkatkan taraf ekonomi seluruh rakyat tanpa mengira usia bangsa dan agama sebagaimana ungkapan kata yang dilpanjang. setiap kali bersama seluruh masyarakat berbilang kaum dalam negeri ini sebagai wadah perjuangan yang diharapkan oleh seluruh masyarakat dalam jangka masa panjang.
Martin@Yanam Kantu Pemangku Setiausaha Agong Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) berkata demikian dalam temubual Media Terkini Malaysia sebagai menjelaskan misi dan visi kearah memperjuangkan segala suara rakyat jelata dalam negeri ini walau apa juga cabaran yang ditempuhi dalam masa mendatang ini selari dengan apa apa yang terabai dalam perjanjian 63, selagi seluruh rakyat jelata dalam negeri ini bersatu memberi sokongan dalam perjuangan PPRS mahupun parti parti yang komited dalam Gabungan Sabah segala isu yang ditimbulkan oleh mana parti lawan diklasfikasikan tuduhan liar dan tidak berasas memandangkan golongan terlibat sekadar mahu meraih undi dari rakyat tanpa mengingati segala suara yang dilontarkan oleh rakyat agar kepimpinan memperjuangkan nya secara berterusan masa depan tegas beliau.
Sementara itu Mr. Alexander Boyou Ketua Bahagian PPRS N.26 Moyog merangkap Naib Presiden PPRS akan terus mendekati seluruh rakyat jelata melalui kerja berpasukan dengan semua rakan jujur setia dan berani dalam gabungan demi berhadapan dengan parti parti lawan yang leka membawa suara suara yang dikemukakan oleh seluruh rakyat jelata dipelusuk negeri ini walaupun perjuangan parti ini terlalu baru dimata orang politik veteran namun segala galanya telah diperkemas sampai pilihan raya akan datang, malah untuk pantai barat Kota Kinabalu bukan senang menghadapi kekuatan parti parti lawan yang sudah bertapak lama namun atas keberanian dan usaha kearah permaufakatan jitu segala sokongan masyarakat peribumi Sabah PPRS tidak bermasaalah membentuk kerjasama dalam parti Gabungan Sabah tanpa mengulangi penjajahan lampau dimana keupayaan masyarakat Sabah hari ini mampu mentabdir kerajaan yang akan dipilih rakyat walaupun ada musuh politik terus mempertikaikan perjuangan gabungan bersama PPRS tegas beliau.
Alexander Boyou menambah, PPRS juga mengutamakan hormat menghormati dikalangan seluruh ahli parti tanpa mengira jawatan memandang semua ahli memerlukan diantara satu sama lain walaupun terdapat berjawatan tinggi namun jika tidak disokong ahli berdaftar dari peringkat bawahan jawatan berkenaan mereka tidak mampu mendudukinya sampai hari in, setiap ahli yang berhasrat mahu menjadi ahli PPRS perlu memiliki saling mengikis sikap pentingkan diri sendiri disamping berusaha menjaga beberapa kepentingan ahli ahli berdaftar demi matlamat perjuangan parti PPRS bersama hubungan baik dengan parti gabungan Sabah kearah meyakinkan rakyat jelata dalam perjuangan terangnya. Menurut Alexander Boyou PPRS sedang berusaha melahirkan pemimpin memiliki sifat rendah diri mengetepikan kepentingan peribadi malah mengutamakan pemimpin pemurah hati disamping mengutamakan kejujuran dan amanah dalam apa juga usaha parti bersama rakyat jelata pada masa ini walaupun cabaran terlalu besar, PPRS juga akan berusaha mengembalikan kuasa politik negeri Sabah ditangan orang Sabah sejajar dengan matlamat dalam perjuangan parti disamping mengharap seluruh gabungan senada dengan perjuangan mereka (PPRS) dalam politik Sabah dan gabungan USA bagi menukar kepimpinan masa kini dalam UMNO dan BN amnya lebih baik lagi jika seluruh parti pembangkang Sabah bersatu kearah merealisasikan kuasa kerajaan negeri ditangan orang Sabah ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan