Ahad, 28 Mei 2017

Oleh. Bujie Tukarang
MAMPUKAH WARISAN TAWAN SELURUH PEDALAMAN?
Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) mendapat saingan sengit berikutan Parti Warisan Sabah berusaha mendapat sokongan keseluruhan dikawasan Pedalaman dari Tambunan sampai pelusuk Keningau dimana menjadi kubu tradisi Parti Bersatu Sabah sejak beberapa penggal lalu tanpa dapat ditembusi kekuatan mana mana parti pembangkang lain, kemasukan Parti Warisan Sabah ke pelusuk pedalaman menjadi tanda tanya pelbagai lapisan masyarakat setempat adakah PBS dan BN sudah tidak mampu memimpin masyarakat setempat sehingga Parti Warisan Sabah dipilih melancar gerakan politik terbaru diseluruh pelusuk kawasan pedalaman dengan sumber laporan paling ramai.
Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal manakala Parti Bersatu Sabah kini diterajui Pemangku Presiden Datuk Dr. Maxsimus Ongkili berdepan situasi getir menjelaskan pada rakyat betapa kukuhnya perjuangan rakyat jelata setempat dengan memberi kemenangan terhadap BN pada setiap pilihan raya lepas, namun mampukah PBS dan BN mengekang kekuatan Parti Warisan Sabah serta pelbagai parti pembangkang lain bagi menawan sokongan undi dikalangan rakyat jelata setempat pada pilihan raya ke 14 diramal tahun 2017 atau tahun 2018 terlalu sukar membuat ramalan tepat apa tak lagi dalam situasi terlalu banyak parti.
Bagi kawasan Parlimen Keningau pula ada kah seluruh jentera UMNO membiarkan Parti Warisan Sabah menakluki ahli ahli UMNO dikawasan Keningau serta seluruh pedalaman atas amnya terutama dalam menghadapi pilihan raya ke 14 akan datang dimana semua parti kompenan BN setempat membisu  tidak menghiraukan Parti Warisan menyusup meraih sokongan dan mendaftar ahli seberapa ramai yang boleh, seluruh parti kompenen BN dalam kawasan tersebut tidak mungkin berdiam diri menyerahkan semua kerusi Dun dan Parlimen kepada Parti Warisan amnya apa juga Parti Pembangkang lain diseluruh kawasan pendalaman selagi semua pemimpin parti kompenan BN bersatu memelihara seluruh kepentingan rakyat jelata tanpa ada yang tersisih setiap tahun.
Demikian luahan beberapa etnik suku kaum kawasan pedalaman yang menghubungi media terkini sebagai menggambarkan pendirian sebenar rakyat jelata terutama warga kampung bagi seluruh kawasan Tambunan, Keningau, Tenom dan Pensiangan bagi menghuraikan kemelut politik setempat sejak parti politik pembangkang tumbuh bagaikan cendawan baru baru ini, En. Jomilis Soigon warga Tambunan yakin rakyat pendalaman sudah matang dengan wawasan berpolitik untuk apa dan rakyat jelata pula memerlukan apa dalam melihat dasar seseorang berpolitik tentunya rakyat menitik berat aspek pembangunan, peningkatan ekonomi, keselamatan seluruh warga pendalaman asli disamping masa depan generasi anak cucu serta cicit warga pendalaman yang paling utama tegas beliau.
Media Terkini melihatkan warga Pendalaman telah menggunakan kematangan mereka berpolitik apabila melihat apa yang berubah disekeliling mereka setiap hari dimana hanya pemacu politik tegas telus dan berwibawa serta berani sahaja mampu meraih sokongan keseluruhan mereka, biar lah kami yang menentukan pemimpin kami sendiri tanpa diajar oleh pemimpin dari luar kawasan pendalaman memandangkan ramai orang lama berpengalaman serta cendikiawan baru yang berani bersuara dengan parti politik berwawasan membawa kami dengan masa hadapan yang lebih selamat dan terjamin Jomilis Soigon memberitahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan