Khamis, 4 Mei 2017

Oleh. Bujie Tukarang
KOTOBIAN TADAU KOKOTUAN
Sabah. Sepanjang bulan Mei seluruh rakyat dalam negeri ini saling mengingati perayaan utama Kotobian Tadau Kokotuan untuk masyarakat berbilang bangsa mahu pun agama tanpa unsur paksaan dikalangan etnik yang lain bagi memeriahkan nya, namun sebagai masyarakat anak jati dalam negeri ini telah sinonim bagi memberi sambutan setiap tahun kearah langkah memupuk perpaduan seluruh rakan yang saling mengenali asalkan mampu diundang memeriahkan bersama walau dimana juga berada. Antara ungkapan yang diluahkan menerusi pelbagai cara mengingati rakan dan saudara mara atau sahabat yang dikenali ialah KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KOKOTUAN atau Selamat Menyambut Hari Besar Pesta Menuai dengan sapaan KOTOLUADAN atau Terima Kasih, tidak pernah pupus ungkapan seumpama dikalangan anak jati Sabah setiap tahun melainkan golongan yang tidak menyambut perayaan tersebut atau lebih tepat bukan asal orang dalam negeri ini yakni penghuni sementara dalam Sabah yang berasal dari luar negeri. Ucapan kata ini disampaikan oleh Gambun Somudin (Ranau) Felix Sitaun Motijam (Inanam) Marino Ahmad (Kerambunai) dalam wawancara Media Terkini bagi sambutan Kaamatan sepanjang Mei 2017 tahun ini, bagi Felix Sitaun Mojitam dan Marino Ahmad adalah menjadi harapan semua yang mengenali mereka sihat selalu disamping sentiasa saling mengingati bersama disamping bermaafan walaupun jarang sekali berjumpa namun tidak lupa dalam ingatan jelas mereka.
Felix Sitaun Motijam dan Marino Ahmad mengakui tidak tahu media terkini sabah telah dilancarkan sehingga lah bertemu dengan salah seorang tulang belakang akbar tersebut yang tidak pernah menonjolkan diri rupanya orang kuat dalam industri persurat kabaran di Borneo, sebagai orang Sabah adalah menjadi harapan kami akbar media terkini Sabah akan diberi sokongan semua pihak bukan sahaja dalam artikel berita malah dalam urusniaga pengiklanan perniagaan demi nadi penggerak industri persurat kabaran yang berani tegas dan berwawasan jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan